Assalamualaikum...
Seribu syukur saya rafa'kan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah KurniaNya saya masih lagi berkesempatan untuk bernafas hari ini. Kata orang langit xselalu cerah. Mcm tu jugak mendung..bukan terus-terusan mendung.Kadang2 lepas mendung keluar jugak mentari. xjadi hujan!heheh.. hidup ni pun mcm 2 jugak.
Hidup saya, alhamdulillah..masih belajar cara2 nak jadi isteri solehah. Bak kata suami, usaha kene ada. Kalau ada usaha, insyaAllah semua jadi. Yang susahnya kalau xde usaha nak memperbaiki diri. Eh, suami? Yelah, suami..Alhamdulillah, saya telah selamat menjadi isteri org pada 20.11.2011. kenapa? xpercaya (kata Aiman xkisah! :p)
20-11-2011 akad nikah
Majlis Resepsi whatever kejadah.xtau (^_^)
Majlis Sambut Menantu 03-12-2011
(In laws I happy ok dpt 2 menantu sekali gus.sepasang lagi. heheh)
Memandangkan my mom dh xbape sht, so kene la sediakan persiapan kawin sendiri. nasib baik la en. tunang masa tu sudi hulurkn bantuan. tapi xcukup tangan jugak la. dengan kekangan masa. sebulan sebelum majlis rasa mcm hidup dh tongang terbalik. sabtu pun kene kje.cuti pun dpt sehari sebelum kawen. klu org lain 2,3 bln sblum kawen dh sibuk menyepa kan diri..(err..i mean pegi spa ok), saya memang xsempat. risau jugak la sebab en. tunang dh bagi warning, jgn make-up tebal2, mcm pakai bedak seguni. kang xkenal bini sendiri. (nasib baik bini dia jenis yg mmg xtampal make-up, tenyeh bedak baby je.haha). nasib jugak dpt mak andam yang blh memenuhi citarasa. kalau kene mcm masa bertunang dulu..hancus!!! my E-day was a disaster okeh.. Dgn photographer problem, konon bercakap mcm pro dh juta tahun tapi hasil mcm kje bdk tingkat satu. saya yg xde experience pun leh edit mcm 2. belum cite lagi bab make-up. dh mcm tepung gomak. bile kite xnk, dia plak yg lebih2 ckp xleh. err, hello... siapa customer sbnrnya? janji dtg kul 10, sudahnya kul 11 bru nmpk byg. pihak lelaki dh nk smpai.so, mls nk bertekak, terpaksa rela tadah muka. Hasilnya, semua org ckp saya baru join opera jepun..adohyaaaiiiiiiiii.... rasa mcm nak menyelap pun ada. sudah! cerita dh tamat pun. walaupun my E-day and my wedding tidaklah segah majlis kahwin artis, tapi i'm happy sbb semuanya saya dapat uruskan sendiri. sesuai dengan hajat saya yang mahukan something yg simple. klu mcm2 kang penin jugak kan?
Rutin selepas menjadi isteri org? fuhhhh.. mencabar okeh!!! hahaha.. masih cuba menyesuaikan diri. Oleh kerana lepas kahwin sy ikut suami, maka perjalanan ke tempat kje tu jauh la ckit (bkn ckit, byk actually.) Seawal 6.30 or 6.45 dh keluar umah menempuh traffic jam yang mcm hampeh 2. utk smpi ke LRT pun kdg2 cecah sejam. naik train plak 45min.pastu naik cab baru smpi ofis. 2 pun kdg2 terlewat jugak masuk opis.
Balik keje, smpi rumah dlm kul9, bersilat kt dapur plak. Suami pulak lepas anta saya, g keje balik. Balik dlm kul 10.30 @ 11. tambah tolak darab bahagi, dh nak dekat kul 12. hari2 sama je.. hajat hati nak cari keje lain or cari umah yang dekat ckit. tapi xtau lah..
ok, cukup! nak masak nasi. i'm starving. en. suami xde nih. haha. Tata! xoxo