Showing posts with label penanajmi. Show all posts
Showing posts with label penanajmi. Show all posts

Saturday, August 29, 2009

sekeping roti, sebungkus teh ais..



SEKEPING ROTI, SEBUNGKUS TEH AIS....

dengan lafaz bismillah, Muhammad rasulullah...syukur lillah..ramadhan dtg lagi..
bulan seribu rahmah penuh mawaddah..
semoga ramadhan kali ini memberi lebih manfaat kepada kita, memberi ruang kepada kita untuk lebih bermuhasabah..


salam kasih serumpun budi, penanajmi mencoret lagi...

first of all, selamat menjalani ibadah puasa di bulan yang mulia, penuh barakah ini.. semoga tahun ini lebih bermanfaat dari tahun-tahun sebelumnya..bersama-sama kita tingkatkan amal,insyaALLAH...amin..


sekeping roti, sebungkus teh ais...

waktu itu saya mengikuti kelas Quranic language for laws.kelas sy terdiri dari 10 orang. 8 daripadanya merupakan pelajar-pelajar dari maldives. hanya saya dan seorang pelajar lelaki merupakan warga tempatan. jadual saya memang agak padat. kelas saya bermula seawal 8 pg dan berakhir pukul 6.30 ptg. jadi, selalunya saya tidak berkesempatan utk brunch or lunch.

1 hari, saya membeli 2 keping roti & sebungkus teh ais.leh sebab kelas akan bermula lewat sedikit hari itu, jadi sy membawa makanan tersebut ke dalam kelas. waktu itu, ada seoramg pelajar lelaki yang telah berada di dlm kelas (cukup sekadar sy namakan dia In). sebagai org melayu yang telah didik supaya kaya adab & adat (xlah kaya sgt sbnrnya. sekadar berbahasa-bahasi :p), sy memulakan perbualan dgn In..

'In, jemput makan.. maafla, sy mkn dlm kelas. tadi xsempat. In dh mkn ke?'

In tersenyum.. 'kenapa tanya? nak belanje ke?'

'xdela. kalau xmkn lg, sy beli roti ni 2. blh la share.'

waktu itu sy lihat, In tunduk.. jadi sy fikir mungkin dia x biasa.. maklum saja dia dari sekolah agama, berbanding sy yg berlatar belakang pendidikan biasa, mungkin dia tidak selesa. tiba2, In bertanya..

'awk xkisah ke?'

sy katakan padanya, 'sy xkisah pun. bukan share 1 roti. sy bg awk 1, sy 1.jadi rasanya xsalah kan?kalau awk xselesa xpe. sy cuma segan nak makan sorang2 depan awk..'

'erm..blh la kalau mcm 2..'

saya hulurkan sekeping roti pada In, dia mengucapkan terima kasih dan berlalu ke tempatnya.

sedang saya termenung, tiba-tiba In datang di hadapan saya. saya lihat mukanya dengan dahi berkerut..(pelik sebenarnya..)

In: 'erm..awk tak nak minum ke teh 2? In tgk awk x usik pun dari td..'

'owh.. kenapa?'

In tertunduk, kali ini agak lama..

'kalau awak xkisah, boleh In minum air tu?'

saya agak tersentak.. dalam hati saya waktu itu tertanya-tanya jugak... xkan In nk share teh sebungkus dengan saya.. straw ada 1 je. (logically speaking, mana ada org yg ambil straw 2 klu dh tau nk minum sorang,kn?). saya tenung wajah In, dia masih tunduk.. Nasib baik waktu 2 saya teringat saya ada membawa air masak, jadi saya berikan saja teh itu pada In.

'betul ke awk nak bagi In ni?'

'betul la. xkan sy nak tipu In pulak..'

'tapi... awk xminum lagi.. In nak sikit je. kalau awk nak In boleh lari gi cafe jap, ambil straw lain..'

'xpe2..sy bg semua. sy ada air masak. tiba2 xterasa nak minum air teh. 2 yang x minum dari
td.." (tipu sunat! xpekan??)

'are u sure??'

'absolutely. In ambil la.. xpe.'

'awk, terima kasih ye??'

saya sekadar mengangguk dan senyum padanya..

sewaktu kelas berlangsung, tiba2 ustazah bertanya pada kami berapa perbelanjaan kami sehari.
sementelah student2 dari maldives agak mewah, bagi mereka berbelanja RM20-50 sehari adalah perkara biasa. saya? RM5-15, bergantung pada keperluan fotokopi. ustazah bertanya pada In. tapi dia hanya membisu.. setelah 2x ustazah mengulang pertanyaan yang sama, baru In menjawab dengan suara yang sangat perlahan..

'RM2..'

kelas seperti dilanggar garuda..sepi.. salah dengar ke?

ustazah: 'berapa In?'

'RM 2 ustazah.. ustazah xsalah dengar..'. kemudian dia menunduk.

ustazah: ' apa yang awak makan?'

saya lihat mata In bergenang.. ' apa yang ada. biasa makan kuih. kadang2 nasi dengan telur rebus..'

saya terkedu..persoalan saya terjawab! In lapar. saya tidak dapat memberi tumpuan sepanjang kelas berlangsung. 1 soalan yg berlegar di fikiran saya..susah sangatkah In?

sebaik kelas berakhir, In memanggil saya.

'In mintak maaf sebab tadi.. In malu nak mintak tapi In betul2 lapar. semalam In xmakan. In just boleh cakap thanx byk2..'

kami berbual dan dia bercerita tentang hidup dia.. sepanjang dia bercerita, saya berusaha menahan tangis, bimbang jika dia akan lebih bersedih...

banyak pengajaran yang saya dapat dari In hari itu.

jika kita fikir kita susah, susah lagi orang lain.. jka kita fikir kita bersedih, kita tidak tahu apa yang ada dalam hati manusia. mungkin dia lebih sedih dari kita tapi dia bijak menyembunyikan perasaan dan penderitaannya.. dan paling penting, rezeki yang kita ada, tidak salah jika dikongsi dengan orang lain. sekalipun sekeping roti, sebiji gula-gula, mudah-mudahan dapat mengenyangkan perut yang lapar, menggembirakan hati yang walang.. hari ini kita membantu orang, esok lusa mingkin kita pula yang memerlukan bantuan. rezeki kita tidak akan berkurang hanya kerana kita berkongsi dengan orang lain

seringkali terbayang di mata saya wajah In yang gembira ketika saya hulurkan gula-gula atau apa sahaja yang saya ada saat saya bertembung atau berselisih dengannya..cuma satu yang saya kesali, saya sudah tidak dapat betemu In kerana dia terpaksa berhenti dari menyambung pengajian untuk memberi laluan pada adik2 yang masih kecil.

ramadhan yang lalu, In ada menghubungi saya, mengajak saya bertemu. sementelah dia telah bekerja, dia ingin membelanja saya tapi pelawaannya saya tolak kerana ada tuntutan lain yang perlu saya penuhi. saya tahu dia agak kesal. apa yang lebih saya kesali, saya dan In terputus hubungan. (akibat fon saya yang rosak!). saya berdoa supaya 1 hari nanti saya dan In dapat berhubung semula..

utk In..dimana pun In berada, saya doakan perjalanan hidup In dipermudahkan dan smoga In akan berjaya menyambung pelajaran In. terima kasih untuk persahabatan ini...selamat menyambut ramadhan..

P/s: doakan In...



Friday, April 3, 2009

persahabatan...

"Mengenali seseorang itu kadangkala membuat kita ketawa... Mengenali seseorang itu kadangkala juga membuat kita mengalirkan airmata... Sesungguhnya mengenali seseorang itu mampu memberi kita sejuta rasa.... marah, sedih, gembira, sayang dan rindu.... Tapi, sedarkah kita? Mengenali seseorang itu sebenarnya adalah satu ANUGERAH... Biarpun hadirnya seketika dan sekadar TEMAN SEMENTARA... Bersyukurlah dengan kehadirannya kerana barangkali, melaluinya kita mengerti apa itu erti PERSAHABATAN. .."

salam ukhwah, salam bicara...penanajmi menari lagi...

kata-kata di atas merupakan titipan dari seorang teman yang jauh di bumi anbiya'. ikhlas & tulus bunyinya..terselit jua kebenaran yang pasti membuatkan kita berfikir sejenak... PERSAHABATAN.. satu topik yang menarik saya kira..

segelintir anda mungkin amat bertuah..dikelilingi sahabat yang begitu ramai sedari kecil. tidak bagi saya sementelah saya menghabiskan banyak masa di rumah menjaga nenek yang lumpuh. tapi,alhamdulillah, Allah masih menyayangi saya dan mengurniakan saya nikmat yang besar.. saya masih diberikan peluang bersahabat untuk mewarnai dunia saya setelah saya meningkat dewasa memandangkan kebanyakan masa saya di habiskan di asrama..

sejak saya kenali erti 'sahabat' sehingga kini banyak yang telah saya rasai.. saya pernah ketawa, saya pernah gembira, saya pernah terluka, saya pernah menangis hiba.. pernah dibenci, dikhianati, pernah ditinggal pergi..tapi tidak pernah saya kesali satakat ini kerana saya percaya sekalipun mereka membenci, sekalipun dipinggir ke tepi, mereka-mereka yang hadir pernah meninggalkan memori-memori indah yang masih saya kenangi sehingga hari ini..

saya manusia biasa..mungkin ada tingkah saya yang menyinggung sehingga mereka memalingkan muka, pergi tanpa menoleh lagi. saya percaya mereka pergi kerana kekurangan saya sendiri tapi kehilangan mereka tetap saya ratapi.. setiap mereka membawa 'magic' dalam kehidupan saya..mereka mengajar saya erti setia, erti gembira dan erti syukur terutamanya..

seseorang pernah memberitahu saya ketika saya sedang berduka & terluka..katanya,"tak perlu ditangisi pada yang tak sudi. bukan seorang yang boleh di buat teman..lupakan.. patah tumbuh, hilang berganti..."

SEIKHLASNYA... saya tak pernah yakin pada kata-kata tersebut..mungkin benar, yang patah akan tumbuh..yang hilang akan berganti.. tapi akan samakah yang tumbuh dgn yang patah? akan samakah yang di ganti dengan yang hilang? sejujurnya jawapan saya TIDAK..

lumrah dan adat dunia, setiap orang mempunyai pelbagai ragam dan kerenah..saya melihat setiap sahabat saya dengan pandangan yang berbeza kerana saya percaya setiap mereka mempunyai kelebihan dan kekurangan yang berbeza seperti mana diri saya sendiri..jadi, saya mungkin boleh mencari teman yang baru, tapi akan samakah tingkahnya, bicaranya, senyumnya, memorinya? pastinya tidak...justeru saya tidak meletakkan 'syarat' buat sesiapa yang ingin berada di dalam "list sahabat" saya..

untuk sahabat-sahabat kesayangan saya diluar sana....

Lumrah persahabatan, terhiris terguris menguji perasaan, Hanyalah 1 ujian, Bkn 1 halangn utk trus b'kasih sayang, Hadapi dgn iman, Suburkan dgn bermaaf-maafan, Sematkan doa mndoakan.. Berjanjilah teman, Ukhuwah kita yang terbina, Kerana cinta pada-Nya, tidak kan terhalang oleh tembok minda manusia, tidak akan hilang dek api yang menjulang, tak kan sirna dek kabus yg kelam, Ku harapkan mekar di hati, agar persahabatan suci ini, akan terus mantap,menjadi syafaat terukir indah di pintu JaNNAH..

andai pagi mengharap mentari siang berlabuh dihujung senja,malam pula menyambut tamu bulan purnama,kesetiaannya bergantian bersama,tanpa jemu mengikut masa...begitu jua pgharapanku pada perhubungan yang terbina antara kita,xlayu dimamah waktu,abadi bpanjangan selamanya,dgn kasih mewangi dijiwa...andai pernah daku mencalar luka,merisik kecewa,kalam kemaafan kupinta...

SALAM SAHABAT SELAMANYA....TERIMA KASIH UNTUK SEGALANYA....

najmi_qalbi (3 April- 2 a.m.)




Sunday, October 5, 2008

lafazkan sebelum terlewat...

kiranya aku tahu....

kita hanya merancang tetapi perancangan Allah lebih sempurna. sememangnya kenyataan tidak seindah impian. andai kecundangan dipertengahan jalan, jangan disalahkan takdir Tuhan. siapalah kita untuk menidakkan takdir yang telah ditetapkan untuk kita.. kerana itulah janji kita dengan yang Maha Pencipta sejak azali…. ingatlah bahawa Tuhan tidak pernah zalim pada hamba-hambaNya. apa yang ditakdirkan untuk kita bersesuaian dengan kemampuan kita sendiri sebagai hamba.bergantung kepada kita bagaimana untuk mengatasi suratanNya kerana cara yang dipilih itulah yang menentukan sejauh mana keimanan dan kesabaran kita dalam mendepani tribulasi Ilahi. bahagia pasti akan menjelma jua, bezanya hanya cepat atau lambat… apa yang pasti selagi hayat dikandung badan, selagi iman menjadi tunjang kehidupan, teruskanlah perjuangan meniti pancaroba kehidupan… kerana perjuangan kita masih belum selesai…!!!

KIRANYA AKU TAHU….

2 januari 2006 [2.30am]

1 message received.

"akum, maaf ganggu. sy kwn aie. dia meninggal pukul 1 td. harap bersabar ye. doakan arwah. wslm"

sms yang aku terima lewat pagi itu menyentak keenakan lenaku. terasa seolah2 degup jantungku turut berhenti. benarkah??! lalu, sms itu aku balas kembali. sekadar inginkan kepastian. mungkin ada yang ingin bergurau dgnku. tapi…xkanlah…

"wslm. sape ni? dh lwt ni, jgnla main2. lgpun baru 2 ari lps aie sms sy. perkara mati jgn dibuat main. stop it, ok!"

saat itu aku terlupa pada janjiNya. ajal, maut, jodoh, pertemuan ditangan Tuhan.. tidak terjangkau oleh kita, manusia yang punyai seribu kekurangan..

"ayu, btul!sy xtipu..arwah dh xder.eksiden..2 ari dia koma"

dup!!2 ari?maknanya…ya Allah!!! aku termenung panjang. berharap semua ini hanya mimpi ynag menghiasi lenaku semata…

1 message received

"akak, sy adik aie. kwn dia xtipu. esok kebumi lps zohor"

saat itu terasa jiwaku kosong. aku hilang arah. pada siapa ingin bertanya?? ya Rabbul Izzati, hanya padaMu aku meminta. titipkanlah sedikit ketabahan dlm diriku..hingga ke pagi lenaku ditemani air mata…

kiranya aku tahu…

***********************

31 disember 2005 [9.30 pm]

1 message received..

"akum,ayu.. bz sgt ke skrg?? sian kt ayu.. jaga diri tau. mana tau, lepas ni aie dh xleh msg ayu lagi..rindulah! lama kiter xborak kn?ayu watpe 2?"

"wslm.nape ckp mcm 2? xbaik tau. aie dh xnk kwn dgn ayu ek?sorila..xsngaje.huhu..tp jgn risau, ayu igt kt aie sokmo.jz byk sgt keje nk setel.so,jgn pk bkn2 tau..ala, ayu pun rindu gak kt aie kdg2. eh, awek siam maner?hehhehe"

"ayu pun rindu aie? betulke..ni mesti jz nk amik ati ni. :( yelaa,skrg xpela aie blh teman ayu.nnti klu aie majuk dgn ayu,time ayu rindu kt aie,aie dh xder..baru ayu tau!nnti ayu dh xleh cari aie kt mana2 pun.ha!time 2 baru pdn muka.."

aik,sjak biler pndai majuk ni?jgnla mcm 2,k.tggu ayu abis mnuntut dgn otromen taro dulu,barula nyorok.ms 2 ayu xrisau dh nk cari aie kt mana coz ayu dh terer ms 2..heeheh"

eleh,xheran!msti ayu xleh cari!!eh ayu,klu aie btul2 xder kn,ayu rndu x kt aie nnti?"

"eeeiii…saper nk rndu kt awk ha…??xmalu!"

"ayu..serius!jwbla btl2.aie nk tau ni"

"ish,naper aie ni,tnya bkn2 jer.xknla xrndu..klu aie xder,saper nk pakse ayu studi, kjut 3,4 pg.mcmner nk dgr bunyi pntai pg2..ayu nk kjut saper lg bgn sahur klu time pose."

"eleh..sbb 2 jer?ayu, thanx yer.lega ati aie dgr.senang la aie nk pegi"

"eh,aie nk g maner?xbgtau pun..xbaik tau.dpt kje baru?"

"aderla..maner blh bgtau.nnti ayu nk ikut.bkn blh kire bdk xmalu mcm ayu ni.hhuhu.xla,aie nk dok umah jer."

"yelah..kiter jerla xmalu dgn awk :( aie,ayu nk wat tuto jap.nnti ayu msg.aie nk tido awl ker?or kje mlm ni?"

"oi,comot!cutila.aie nk cuti pjg.pnt dh kje.nk rht2 plak.dok goyang kaki pun best.klu blh xnk kje smpi biler2"

"huish,dasar pemalas!!hehe.sori sgt.nnti ayu msg.erm..klu nk tido btaula.kiter msg jap.ok?"

"xper,aie tggu ayu..wat kje 2 dulu.ayu kn igt,apa jd pun,aie akan selalu doakan ayu.aie nk ayu bjaya wlupun aie xder.msti xsmpat tgk ayu grad.2 la org tua2 g kje dia tua2 g skolah!huhuh.igt tau.rajin2 study.jgn tdo!!"

"baik ustaz..sekian la khutbah jumaat utk ari ini..hhuhuu.aie nk g maner ni?!marikh??"

"nk g petik bintang utk ayu!heheh"

"wei,koyya! tp best gak ada org nk petik bntg utk ayu!huhuhu..emm,klu nk tdo,tdo dlu ok?"

"aie tggu ayu,kn dh bgtau td.ayyo…sjak masuk u*** ni makin tua plak bdk comot ni!"

"eeei,jht!majuk kang…wei,biler nk abis kje ayu ni??bebel byk btul la…huhuhu"

"hheehee.ok2 sori..wat kje cpt.aie tggu.tkut xsmpat.."

"ok bos!!roger.."

wajarkah aku digelar sahabat yang baik bila aku membiarkan arwah menunggu sedangkan aku nyenyak tidur bersama pen dan kertas2 ku yang masih ditangan..aku sendiri xtahu bila aku terlena..Allahu Rabbi, ampunkan aku..

tidak seperti selalu, pagi itu aku tangguhkan "sms maafku" yang menjadi kelaziman sekiranya aku gagal menunaikan janjiku padanya.entah kenapa,memang hatiku berat untuk mengirim sms maafku biarpun rasa bersalah menghimpit diri.niatku utk menalifonnya juga tertangguh…kiranya ku tahu ya Allah..

************************

3 januari 2006

pagi itu aku ke kelas seperti biasa.tapi hatiku kosong. tiada satu pun pelajaran yang singgah di kepalaku. mungkin perubahanku agak ketara sehingga ada yang menegur.tapi aku masih belum bersedia berkongsi kesedihan ku ini dengan sesiapa. hanya airmata menjadi jwpn. mujurlah teman2 sebilikku mengerti, meniup semangat dan memberikan sedikit kekuatan.alhamdulillah, mereka begitu memahami,bersedia meminjamkan bahu mendengar rasa berkongsi rahsia, berkongsi airmata dikala derita..maghrib itu aku sedekahkan bacaan yasin untuknya biarpun mengambil masa yg lama dari kebiasaan ku dihalang oleh rasa sebak yang bertandang.

11 pm

1 panggilan aku terima

"assalamualaikum..ayu yer?fariz ni.kwn aie.ayu ok?"

air mata menitik.tp kau tahu aku harus tabahkan hati..

"wslm.ntahla..xtau nk kata.mcmaner semuanya?dh selesai?pukul berapa kebumi?"

"alhamdulillah,semua lancar..kebumi arwah lepas zohor semalam.maafla,lewat inform ayu. ni pun nasib baik teringat pesan arwah aritu."

"pesan?arwah pesan apa?"

"sblm arwah meninggal,dia ada pesan kt fariz.klu jadi apa2 kt dia,dia suruh bagitau kt ayu.fariz pun xphm masa 2.fariz tnya, jadi apa tapi arwah gelak jer.tak sangka pulak ini yg arwah maksudkan.dia mmg bg siap2 no ayu ni suruh fariz simpan.arwah dh dpt rasa kot dia nk pergi.."

"macam mana arwah blh meninggal?"

"eksiden.cina mabuk langgar dia masa balik konvoi sambut new year"

"eh,arwah kata dia xnak gi keluar sambut new year.mcmaner blh kena plak?"

"mmgla..fariz ajak mula2,tapi arwah xnak gi.dia kata nak temankan mak.mak demam masa tu.lgpun dia kata lain kali xdpt dok umah dah.nak dok umah puas2.tgk muka mak"

‘abis mcmner blh kena plak?"

"mlm 2 arwah ajak mak g klinik tp mak xnak sbb xlarat.lgpun mak nak rehat jer,nak tido.tapi masa tgh malam 2 arwah rasa badan mak panas sgt,jd dia kuar jap nak gi farmasi belikan ubat sementara tunggu pagi.lagipun dia kata dia dengar ada org panggil kat luar."

"mmg btul ker kwn dia panggil?"

"xla..kami pun pelik jugak..tapi dh tiba masa dia kot..arwah xsempat pun beli ubat mak.kena langgar masa on the way nak gi beli.kwn ckp teruk gak coz arwah melambung,tercampak kat tiang eletrik.2 yg kepala dia pecah tu..badan xde apa pun"

aku hanya mampu menangis..hingga hujung nyawanya dia masih membuat bakti..

"mak mcmane?"

"teruk gak la.mak pengsan gak masa dgr berita tu.mak la yg paling ralat sekali.fariz pun sedih gak.kami dh mcm kembar..rapat sgt.even baju raya pun nak yg sama.sedih..tp nk wat mcmna..Allah sygkan arwah.lagipun dia mmg baik..ramai sgt org dtg masa kebumi arwah.masjid pun penuh..kebetulan masa 2 hujan renyai2..ntahla,ayu..sunyila kita lepas ni"

"ada lagi tanda2 pelik sebelum arwah pergi?"

"xder sgt..tp seminggu sblm eksiden arwah jumpa semua kwn2 kami dia mintak maaf.bila kitorang tanya dia kata saja nak sambut raya awal.bdk2 ni pakat gelak je la.lepas tu dia jadi kuat termenung..sayu jer muka dia.fariz tanya dia,dia kata xder apa2.sblm ni mmg dia selalu citer pasal ayu,tp kebelakangan ni lagi kerap.fariz dgr jer la.dia ckp korang kwn dh lama tp xpernah dpt jumpa.dia ckp aritu dia nk bg suprise kat ayu.dia nak dtg kl tp xsempat.."

"kitorang mmg dh lama kwn..arwah baik..xpnah sakitkan ati sy.mmg seronok berkawan dgn arwah"

"a’ah..mmg pun.fariz dgn dia pun xpnah gaduh.baik sgt arwah 2.fariz lg rapat dgn dia dr adik beradik fariz yg lain.kwn2 lain pun suka dia.oh..lupa.mak kirim salam.mak ckp ada masa dtgla rumah.selalu dgr citer jer.gmbar ayu pun arwah sorok.sorang pun xbagi tgk.fariz je dpt tgk."

"insya-Allah,ada rezeki panjang umur,sampaila sy ke sana agaknya.tp rasanya xelok.sampaikan salam saya pd mak dan keluarga arwah"

"yelah,insya-Allah.ok,la ayu.lama dh ni.fariz pun nak gi singgah rumah arwah gak ni.ayu jaga diri.jgn sedih2 sgt.klu ada apa2,ayu bagitau la fariz.klu blh tlg,insya-Allah fariz usahakan.sabar yer..k,assalamualaikum"

"wslm"

*************************

sesungguhnya aku berbangga mengenali seorang insan bernama muhammad syukri ismail. semoga roh arwah tenang,damai dan dicucuri rahmat..amin..

persahabatan ini akan aku kenang selagi hayat dikandung badan..biarpun pahit untuk ku telan,tapi aku tahu aaku harus redha dengan ketentuan Ilahi.saat rindu bertamu hanya al-fatihah dan yasin mampu ku sedekahkan..

sahabat ku,aie..

tenanglah dikau di sana.terima kasih atas persahabatan ini walaupun aku tahu..aku terlewat untuk mengucapkannya..

al-Fatihah…

najmi_qalbi

fikir?

Adakalanya, kita cuba menjadi orang lain dengan harapan kita akan dapat memuaskan hati semua pihak. Tapi kita seringkali terlupa bahawa dengan menjadi diri sendiri, kita akan lebih dihormati dan dihargai. Buangkan hipokrasi di dalam diri. Manusia memang diciptakan dengan sejuta kelemahan supaya menjadi peringatan bahawa kehidupan ini ada tujuan dan perjuangan yang harus dilaksanakan! setiap insan tidak akan lepas dari ujian Tuhan. jalanilah kehidupan kita dengan rasa syukur dan redha...itulah tandanya DIA masih menyayangi kita..pandulah jiwa kita dengan rasa dan nikmat berTuhan... supaya anda terus kekal dalam nikmat iman...