Wednesday, April 14, 2010

DI MANA DIA DIHATIKU??

~ALLAH itu amat hampir, tapi kenapa aku masih meminggir?
akalku alpa berfikir, hatiku lupa berzikir....~


... dalam sibuk dunia yang gawat
KAU lupa ku ingat

Tuhan...
Bicara-Mu tanpa suara
Belaian-Mu hanya rasa
KAU terlalu dekat
tanpa suara
namun cinta-Mu ketara jua....
~Pahrol Mohd Juoi~

di atas adalah petikan2 yang boleh dibaca di dalam buku yang telah saya beli semasa pesta buku baru2 ini. telah berulang kali memegang, menelek, membelek tapi belum sampai satu bab yang habis dibaca. inilah kehidupan saya kini. buku tidak lagi berjaya membuat mata saya berjaga sehingga pagi. sekadar menjadi peneman mimpi. terkadang terasa ralat.untuk menyedapkan hati sendiri, saya akan letak ditepi kepala atau saya peluk sebelum lena. terasa benar kekangan masa yang kian menghambat diri atau sayakah yang tidak arif menyusun jadual peribadi..?

dari jauh saya melihat buku ini, warnanya sudah cukup untuk menarik minat saya. semakin hampir.. dan semakin judulnya jelas dipandangan mata, saya terus jatuh cinta. judulnya sahaja sudah cukup memberi seribu rasa, sementelah ustaz Pahrol sememangnya pendakwah kegemaran saya. Saat pertama kali bertentang mata dan bercakap dengan beliau, dapat saya simpulkan beliau seorang yang sangat merendah diri. tutur kata sentiasa tersusun rapi dan senyuman manis sentiasa menghiasi setiap butir kata. sekalipun ilmu seluas lautan, tidak pula dia mendabik dada.. setiap tulisan beliau disampaikan penuh hemah, tapi padat dan kadang2 terkena tepat pada hidung sendiri. (termasukla saya..!!hehe)

dalam kesibukan mengemudi dan melayari alam pekerjaan, saya perasan masa yang selalu saya luangkan utk Dia semakin singkat. saya sedar itu dan saya sangat sedih. kadang2 saya terfikir, jika saat ini saya begini, bagaimana pula keadaan saya menjelang ramadhan nanti?mampukah saya melaksanakan aktiviti dan target yang selalu saya lakukan. bila mengenang semua ini, saya mengeluh sendiri...semoga masih ada ruang waktu untuk saya...~selamat bermuhasabah and doakan saya...

2 comments:

mashimaro comel said...

bila ko cakap camni.. ko ingat tak ayu?

dulu.. masa kita form 5, ada sorang ustazah (nama terpaksa dirahsiakan) pernah berpesan.. dia suka sangat zaman belajar, zaman anak dara dia.

sbb?

masa zaman belajar, dia boleh bangun tahajjud tiap2 malam, dia boleh bermanja dengan Allah s.w.t.

tapi sejak dia kerja, kawen, dia rasa diri dia jauh dengan Allah s.w.t sampaikan dia rasa malu plak untuk memohon, berdoa kepada Allah s.w.t sbb dia rasa dirinya jauh dengan Allah s.w.t.

itu pendapatnya ayu.

tapi pendapat aku.. Allah s.w.t sentiasa dekat dgn kita. ya.. tak nafikan, bila dah keje, semakin sebok sehinggakan takde masa nak membuat amalan sunat seperti dulu.

tapi bukankah segala2nya pekerjaan yang berlandaskan syarak merupakan ibadah kepadaNya?

tanamkan niatmu, ayu.. segala2nya kerana Allah. rasailah! Allah s.w.t sebenarnya terlalu dekat dan hampir. insya Allah.. jika kalimah Allah s.w.t tidak lekang dari hatimu.. meskipun ko sedang buat kira2 kat ofis.. Dia.. tetap berada disisimu ayu~

najmi_qalbi said...

Lina: thanx a lot. Dia mmg sentiasa di hati.. Innallaha Ma'ana..aku percaya itu.

Pakcik: thanx sudi baca entry saya. kdg2 saya khilaf, tp insyaAllah, dlm proses membaiki diri. doakan saya ya?

"Tuhan..selangkah ku rapat pada-Mu..1000 langkah KAU rapat padaku.."