telah acapkali aku katakan
berbuih jua bicaraku mengingatkan
andai kau mencari kesempurnaan
aku bukanlah orang yang sesuai kau jadikan teman
kerana aku punya berjuta kelemahan
tak terbilang dek tangan
namun segera pula kau yakinkan
kau tidak mencari kesempurnaan
semua itu bukan ukuran
hanya keihklasan dijadikan landasan
membina sebuah persahabatan
sedang aku masih dalam kekeliruan
kau masih setia menghulur tangan
meniup kekuatan
kala tangan ku hulur
kau pula mundur
dan aku terus menekur
menilik kekurangan diri
akur khilaf sendiri
dan kau terus melangkah pergi
tidak menoleh hatta sekali
akhirnya aku tersenyum sendiri
mengenang seketul daging bernama hati
terbang..jalan kaki..berlari
carilah apa yg kau impi
waima si pari-pari bertongkat sakti
andai ditakdirkan suatu saat kau rasa sunyi
pandanglah ke sini
aku setia menanti
kerna Rabb ku telah berjanji
mati itu pasti
tiada guna aku membenci
kerna aku percaya ikrar persahabatan itu suci
sekali bertaut tersimpul sampai mati
cahaya mohd
*semakin hari semakin tidak mengerti permainan dunia..... bukankah setiap insan itu sama di sisi-NYA? yang membezakan kita hanyalah iman dan taqwa.. siapalah kita yang ingin menidakkan takdir-Nya..?siapa pula kita yang ingin menghakimi manusia?sedangkan kita juga tak punya apa.....
No comments:
Post a Comment