Sunday, October 5, 2008

fikir?

Adakalanya, kita cuba menjadi orang lain dengan harapan kita akan dapat memuaskan hati semua pihak. Tapi kita seringkali terlupa bahawa dengan menjadi diri sendiri, kita akan lebih dihormati dan dihargai. Buangkan hipokrasi di dalam diri. Manusia memang diciptakan dengan sejuta kelemahan supaya menjadi peringatan bahawa kehidupan ini ada tujuan dan perjuangan yang harus dilaksanakan! setiap insan tidak akan lepas dari ujian Tuhan. jalanilah kehidupan kita dengan rasa syukur dan redha...itulah tandanya DIA masih menyayangi kita..pandulah jiwa kita dengan rasa dan nikmat berTuhan... supaya anda terus kekal dalam nikmat iman...

No comments: