Sunday, October 10, 2010

10.10.10 ~ala wahiyal qalb..hmmmmmmm [sad mode:again..]

telah acapkali aku katakan
berbuih jua bicaraku mengingatkan
andai kau mencari kesempurnaan
aku bukanlah orang yang sesuai kau jadikan teman
kerana aku punya berjuta kelemahan
tak terbilang dek tangan

namun segera pula kau yakinkan
kau tidak mencari kesempurnaan
semua itu bukan ukuran
hanya keihklasan dijadikan landasan
membina sebuah persahabatan

sedang aku masih dalam kekeliruan
kau masih setia menghulur tangan
meniup kekuatan

kala tangan ku hulur
kau pula mundur
dan aku terus menekur
menilik kekurangan diri
akur khilaf sendiri
dan kau terus melangkah pergi
tidak menoleh hatta sekali
akhirnya aku tersenyum sendiri
mengenang seketul daging bernama hati

terbang..jalan kaki..berlari
carilah apa yg kau impi
waima si pari-pari bertongkat sakti
andai ditakdirkan suatu saat kau rasa sunyi
pandanglah ke sini
aku setia menanti
kerna Rabb ku telah berjanji
mati itu pasti
tiada guna aku membenci
kerna aku percaya ikrar persahabatan itu suci
sekali bertaut tersimpul sampai mati

cahaya mohd

*semakin hari semakin tidak mengerti permainan dunia..... bukankah setiap insan itu sama di sisi-NYA? yang membezakan kita hanyalah iman dan taqwa.. siapalah kita yang ingin menidakkan takdir-Nya..?siapa pula kita yang ingin menghakimi manusia?sedangkan kita juga tak punya apa.....

Wednesday, September 29, 2010

updates!!!

15 July 2010 ~ Lottery Day.. (*_*)
i'd called bar Council nak tanya pasal my exam result and sumpah berdebar giler. maklumla exam susah mcm hape je..siap goreng2 sakan lagi.dgn soklan submission xder, mcm dh putus harap. but ever heard people saying~ jgn berhenti berharap sbb kite xtau apa yg dijanjikan untuk kite..? and there goes my good news! the person said, cik lulus.. and sy blank!! sorry, what was that again? i said.. CIK LULUS.. Ya Allah, lulus?with one seating??mcm miracle!! sumpah miracle! and i went crazy menjerit satu opis leh dgr.. i dont care coz i'd passed my most toughest examination! hhoooooooraaaaahhhhhh...hooorayyyyyy!!

9th August 2010- I'm supposed to start my LAC at this date but i had to attend signing session at Residence Hotel ans i can't make it. so i was asked to replace it on the next day. This LAC program will be going on until early November (if i'm not mistaken lah..). LAC ni ok la jugak, so every monday  i have to give free legal advise pada clients kurang berkemampuan yg dtg and seriously...sumpah..mcm2 jenis yg dtg..yg kelakar, yang sedih, yg psycho.. semua ada.so dpt blaja mcm2 bnda.

1 of the client dtg mintak legal advise coz her daughter was raped. when she cried i didnt know what to do. i'd tried to console her but seriously..sometime these people just nak kite mendengar supaya bebanan mereka blh berkurangan. so, saya belajar, ada masa2 tertentu, kite hanya perlu  mendengar..ada jugak clients yang sgt b'besar hati dgn nasihat yg kite bagi. at least, they know what to do. Utk my clients yg mendoakan saya, many thanks... i'm honoured coz i've d opportunities to help you guys...

Saturday, September 25, 2010

apa yg aku buat ni??hantam je..

aku ingin menyanyi riang, suaraku sumbang
aku ingin menari, langkahku tempang
aku ingin berdendang, nadaku pincang
aku ingin petik bincang
berbicara dengan bulan purnama mengambang
ingin aku lakukan semuanya
namun aku tiada daya
kerana aku tidak sempurna
tapi aku tidak hiba
kerna aku tahu aku ada DIA

Friday, September 3, 2010

✿ my lovely e-diary??? ✿

waaaaaaaaa..almost 1 month sy xupdate apa2 kt blog merangkap e-diary ni kan?maklumlah..segala apa yg sy rasa kebanyakannya mmg sy tulis di sini..rindu..mmg rindu sgt2...byk sgt perkara yg berlaku..sad moments..happy moments..mcm2..klu nk di ikutkan byk sgt nk tulis, nk share tp kekangan masa menjadi penghalang..xpelah..sempena ramadhan kite rehat seketika ye x??xpelah...jika selepas ini sy masih tidak berkesempatan nk update apa2..sy ingin mengucapkan...eid mubarak in advance..hehehe..semoga ceria di pagi syawal bersama keluarga terchenta yer? slm syg utk semua!owh..this sunday,insyaAllah..klu xde aral melintang sy akan bertemu dgn chenta2 hati sy..xsabar nyerrrrrr!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!tggu acik ye syg2 semua! ~xoxo~

Thursday, August 5, 2010

✿ sad mode...✿

penat sudah aku mengejarmu sehingga lelah
mendekatimu dengan pelbagai helah
aku inginkan secebis perhatianmu yang tidak berbelah
namun kau masih tak endah
dan luka itu kian bernanah
menghambur darah
ingin aku melangkah
ingin aku beralah
aku xbetah jiwaku kian parah
namun aku tidak kalah
permainan ini bikin aku tabah
dan kini aku pasrah...

Wednesday, July 28, 2010

✿ chenta hati ✿

Terasa pantas masa berlalu.. kwn2 saya kebanyakannya sudah berkeluarga semuanya tp alhamdulillah, persahabatan selama 3thn tidak putus walaupun telah bertahun2 kami meninggalkan kusza yg terchenta.. so, enjoy d pics (pics yg kebanyakannya di kidnap dr fb!errrr, bukan copyright protected kan??hahaha)..

✿my bff, darwin nashiqim, hanif & dhiya✿ 


 ✿ haida, angah & harith wajdi✿ 

✿ wafi, kak ba & dhia irdina ✿ 

✿ Umi muharam, ismi & pika si mata jelly✿ 

✿ dila, johari & rayyan roooaaarrr ✿ 

✿ che ma', haikal & wan nur aisya 'alia✿ 

✿sarah: waiting for your baby's pic.xsabar!!

✿yati, tun & pok sheikh: memang payoh la aku nok kidnap gmbo anak2 mu

✿k.ina: nak gambo baby yang kecik.dh bape thn tggu nih..

✿aida, teha, ihsan, zaki, hadi:kawen dulu yer!haha

✿baru perasan, dlm byk2 ni, haida sorg berjaya dpt hero!hehe..tererlah ko kak...

✿utk anak2 sedara acik, cepat2 membesar yer..nnti blh geng.if parents uols marah, nak majuk dtg umah acik je..hehe..

✿ hugs & kisses✿

Friday, July 23, 2010

Top-up stories..heheh

i have so much to tell but the time is not always on my side... byk jugak aktiviti yang dah dibuat sbnrnya..xpe, arini kite citer pasal aktiviti dulu..later kite citer pasal lain,ok..


: : : world cup 2010, 11 July..1.30am
mesti u guys boleh agak kan ni kat mana.. hehehe. yup.. utk pertama kalinya dlm hidup saya pergi menonton bola di dataran merdeka.semua gara-gara world cup 2010. Paul si octopus 2 patut kene cencang and di goreng!hahahah..nasib baik memang hajat nak sokong spain..walaupun sakit hati sebab dah masa tambahan barula dpt goal pertama. saya melepak dkt area air pancut kt dataran. nak dok kat padang, jgn mimpi la kan..tgk gmbar pun tau betapa sesaknya mlm 2. lenguh kepala mendongak, bingit telinga, sampai tersengguk-sengguk. nasib baik xjatuh kolam..klu mengikut kata fazilah, klu jatuh jadi duyung..but in my case saya rasa jadi dugong!hhahaahah. xpelah..sekali sekala..4thn akan dtg, belum tentu bujang nk melepak mcm ni..(huhuu..xmo la bujang lg..d next WC i'm going 2 b 30!!..)

: : : Teater Bangsawan Aladin dan Lampu Ajaib at Panggung DBKL.

Nothing much 2 say actually..persembahan hanya ok walaupun ada jugak barisan artis yang mewarnai teater ini, tapi pada saya ianya masih belum mampu menepati selera saya.. (mcm la taste tinggi sgt kan..heheh..sorry) but seriously keseluruhan cerita hanya ok.. so, no further comment.. i better shut my mouth. ape pun.. tahniah la pada semua barisan pelakon2 teater tersebut..

: : : Filem2 Julai 2010


nak komen ke?xyah la..tgk sendiri..hahahahah..

Tuesday, July 6, 2010

he's sooo cute, right??

(✿◠‿◠) kinda like dis guy. he's soooo cute and he has a very3 beautiful smile!!blh kene heart attack.hahaahaa.. teramat suka dgn lesung pipit dia.i dont know why but saya sgt suka dgn org yang berlesung pipit! biarla org lain ckp muka org 2 biasa2 je tp klu ada lesung pipit he/she dh jadi manusia paling cantik di mata saya..hahaha..hey, dont blame me..beauty is in the eyes of the beholder, right?? chaiyokkk Lee Min Ho!! ♥! ♥! ♥!♥! ♥! ♥!♥! ♥! ♥!

Friday, July 2, 2010

common sense, PLEEEEEEEEZZZZZ!

episod 1: si buta bertongkat dgn si cerdik berotak singkat..or should i say sengal??

Alkisah, sewaktu dlm perjalanan ke pejabat miggu ini, saya ditemukan dgn 'sketsa dunia' yang sgt best. pertama, keluar saja dari train, dari jauh sy ternampak seorang pakcik yang buta berusaha untuk menuruni tangga.saya mempercepatkan langkah, takut2 kalau pakcik 2 jatuh. then saya nmpak seorg pemuda berhampiran pakcik tersebut, dgn pakaian yg kemas beserta headfon, dia menghampiri pakcik yang tangannya tergawang-gawang mencari arah. lega..kata hati saya..i really thought dia akan tolong pakcik tersebut.malangnya..dia blh cakap:
"pakcik, kat sana la tangga.." (sambil menunjukkan arah dgn tgnnya..errr..hello!he's blind ok!ada yang kene sekeh kang nie..)
pakcik tu masih lagi teragak2 melangkah. pemuda tersebut memegang tgn pakcik tersebut dan membawanya ke tangga. dlm hati saya, nasib baik tahap sengal dia belum mencecah tahap maksima.ada hati jugak..rupanya saya silap!mmg sengal abes..elok je pkcik 2 melangkah tangga pertama, dia tinggalkan pakcik 2 kat tangga n dia menonong berjalan sambil menyanyi..nasib baik ada orang kat belakang pakcik tu yang sempat tarik tgn pakcik tu dari belakang,klu x,xpasal2 pakcik 2 jatuh.. sengal kan???

episod 2: drama sengal dlm train

hari yang sama saya pergi ke pusat kesihatan kerinchi utk wat check up. on d way balik, ada one group makcik2 yang baru balik dari klinik yang sama.masa train sampai, xder la penuh sgt tapi ada 3 je tempat duduk, sedangkan makcik2 tu dtg berlima.seorang pakcik bgn & bg seat dia pd salah sorg makcik 2.tinggal lagi sorang makcik dgn tongkat and plastik ubat dia..saya tengok sekeliling, yang duduk semua muda2.yang lelaki sibuk membaca komik, yang perempuan sibuk mengilatkan kuku. saya pun ckp slowly dgn that guy, blh x bagi aunty ni duduk.dia mcm hangin tapi dia bangun jugak la. i said thanks. igtkan dh abes. keluar je dari train, that guy blh ckp dgn saya, 
"u xyah la nk tunjuk baik dgn malukan i". errr?? kompius..
"awk ckp apa td?" saya tnya.
"do i have 2 repeat?dh pekak?"
aishhhh!mmg cari nahas.dh la sakit kena cucuk xabes lg!saja nak naikkan darah org.sorry bro, wrong timing!
dgn selambanya sy jawab..:  "pekak is better dari org yg sihat walafiat tapi xberadab n xreti nak berfikir!"
and saya terus melangkah walaupun lepas tu rasa bersalah...hahahaahah

I'm not an angel & I'm not trying to be one..its just common sense!

Thursday, July 1, 2010

~~

 God will be with you tonight.
As you close your weary eyes in sleep,
he'll light up the sky with stars
to remind you that he's
always there for you.
He'll watch over you as you sleep,
touching your soul with a peace
that could only come from heaven,
and filling your dreams with a spark of hope
that will remain with you when you awake.
Frank John