bayu bertiup lesu,
nun di langit biru,
awan mendung berarak kelabu,
derap sepatu,
langkah satu persatu,
longlai…layu,
entah ke mana hala tuju…
degup hati bernada pilu,
jiwa walang berirama sendu,
siapakah aku?
di mana Rabb ku?
di mana Rasul ku?
aku terlalu rindu…
tapi…
mengapa Qalb ku membeku??
di mana harus ku cari kehangatan itu…
tribulasi-Mu perlukan pengorbanan,
pilihan antara dua jalan
dan persimpangan,
antara dingin salju dan hangat mentari,
bening subuh kala dinihari,
aku warawiri!
mengapa begitu??
"kau manusia cacat!"
"kau manusia bangsat!"
"kau pengkhianat!"
suara siapa itu??
siapa!!?tunjukkan dirimu.
aku mahu tau!
"akulah suara hatimu…"
ah!persetankan!
itu bukan aku…
"benarkah?atau ego mu menafikan
kebenaran?"
itu bukan aku!bukan aku!
aku yakin Tuhanku satu..
aku percaya Muhammad Rasulku..
"katamu benar..cukupkah sekadar
meyakini?
cukupkah sekadar percaya?apa yg cuba kaubuktikan?"
diaaaammmm!!jangan sakiti aku..
aku mahu lari..
duhai kaki..jangan kau berhenti
aku mohon..aku rayu..
teruskan langkahmu..
pantas!!
tenangkan atma mu,
yakinlah Tuhanmu satu,
Muhammad Rasulmu!
tapi………..
mengapa langkahku makin berat?
mengapa hatiku semakin walang?
perit!
"kau ego!hatimu menangis..
tapi kau pekakkan telingamu
hatimu merintih..
dan kau tetap dengan egomu!"
bukan!itu bukan aku!!
"sampai bila kau mampu
pertahankan kepercayaan palsumu??
kau manusia kayu berhati batu!kau hidup bertuhankan nafsu!"
bukannnnn!!itu bukan aku!
biar aku kaku,
biar aku kayu,
biar aku pecah seribu
biar aku jadi debu
berserakan hatta di bima sakti
aku tak peduli!
"lihat!benar bukan
kataku??"
aku bukan begitu..
aku tak percaya..
itu bukan aku!
"kau manusia cacat!
percayai aku.."
tidak mahu!
eh? mengapa hujan?
aduh!kenapa..?
kenapa ia panas?
kulitku pedih!tolong…
ke mana harus aku berteduh??
"itu bukan hujan..itu
airmata!"
bohong!kau tipu!
“Benarkah kau tidak tahu tangisan siapa itu?”
Benar, aku tidak tahu!
Benarkah itu tangisan?
“ya!”
Tangisan itu pilu amat…
Tapi mengapa aku yang merasa peritnya?
Dada ku terasa sesak..
Apa yang terjadi? katakan!
“itu tangisanmu!ia menangis kerana keegoanmu.
Kau palingkan wajahmu dari kebenaran.
Kau enggan menerima hakikat!”
Haruskah aku? Sudah berkali aku katakan
Itu bukan aku!
Kau yang tak mahu mengerti
Jangan kau seksa aku lagi.
Pergiiiii!
“Lihatlah keangkuhanmu…
Engkau memang manusia cacat!
Angkuh! Bongkak!sedangkan hakikatnya kau manusia
dungu!”
Bukan!! Tutup mulutmu!! lancang benar engkau menuduh aku!
“kau memang cacat! Kau hamba nafsu.
Kau tunduk pada dunia palsu yang kau ciptakan
sendiri!fantasi yang membutakan mata hati”
Diammmmmmm!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
“hahahahahahaaaaa”
Mengapa kau ketawa?
Aku bukan bersenda!aku berkata benar.
“memang kau berkata benar. Semuanya benar.
Tapi Cukupkah? adakah dengan keyakinanmu yang sebesar hama itu kau menyangka kau hebat?jawab pertanyaanku!”
Aku tidak tahu!
Aku mahu pergi dari sini.
Semua ini pasti berlalu,
ia hanya sebuah mimpi ngeri!
“Kau tidak boleh lari dari kenyataan.
Kau memang bertuhankan nafsu!
Kau manusia kayu berhati batu!”
Suara itu bergema lagi!
Berkali-kali…
Katakan apa sahaja yang kau mahu!
Aku tidak hidup bergalang nafsu.
Pasti!!
Tolonglah pergi….
Tinggalkan aku sendiri.
“jangan terlalu yakin dengan katamu.
kelak saat kebenaran tersingkap,
kau akan kecewa menyembah bumi…
percayai aku… buang egomu.
Renung ke dasar hatimu,
Kau akan temui apa yang kau cari”
Percaya?
Kenapa aku harus percaya?
Kau siapa?
bagaimana jika kau hanya mahu menipu ku?
Hantu!?
Ya, kau hantu! Aku tak mahu!!!
“aku bukan hantu… bukan juga penipu. Aku hanya ingin
membantumu.
Kau harus percaya”
Mengapa mesti aku yang kau bantu?
“kerana aku suara hatimu!"
Suara hatiku?
“benar! Aku suara hatimu…
Jika kau tidak mempercayaiku,
Itu bermakna kau tidak percaya pada dirimu sendiri!
Maka, renunglah hatimu…
Percayai aku…sebelum terlewat waktu!”
Renung?
Apa yang harus aku cari?
Jawapan apa yang menanti??
Aku tidak tahu…
Suara,
Kau harus bantu aku.
Aku keliru!
“tidak! Aku tak dapat membantumu.
Ini pencarianmu,
ini Perjalananmu.
Yakini dirimu, lapangkan hatimu.
Kau akan temuinya.”
Siapa??
Suara…
Siapa yang akan aku temui??
“dirimu!”
Aku tak mengerti…
Jelaskan!
“carilah dirimu yang hilang!”
Diriku? Nanti!
Bukankah aku di sini?
Suara….
Aku ingin bertanya lagi.
Suara….
Kenapa menyepi?
Suaraaaaaaaaaaaaaaaaaaa……
Apa yang perlu aku lakukan?
Benarkah aku cacat??
Pada siapa harus bertanya?
Bangsatkah? Hinakah?
Ahhhhhhhhh…
Suara….?
Renungkan?
Ya, begitu katanya…
Cacatkah??
*************************************
Ya…
Aku manusia bangsat..
Gah, mencanang pada dunia,
Aku yakin Tuhanku Satu,
Muhammad Rasulku,
Al-Quran peganganku,
Tapi di mana amalku??
Aku hanya pandai berbicara,
Hakikatnya?
Islamku hanya pada nama!
Benar…
Aku pengkhianat agama,
Aku lupa asal kewujudanku,
Lupa pada perit getir dan pengorbanan Rasulku,
Lupa pada kesyahidan saudara-saudaraku,
Bergadai nyawa,
Memartabatkan Islam ke persada mercu.
Tanpa mereka, Islamkah aku???
Hinanya aku!!
Betapa aku manusia tak malu!!
Hatiku perit..
Kebenaran memang pahit..
Lara!
Yang paling benar…
Aku memang manusia cacat,
Bahkan kufur nikmat!
Aku butakan mataku,
Aku tulikan telingaku,
Aku kudungkan kaki dan tanganku,
Saat aku melihat kemungkaran,
Tatkala aku menyaksikan kekejaman,
Kemaksiatan dan kebatilan.
Aku lupa nasib saudara- saudaraku
Di Iraq,Palestin,Bosnia,Thailand...
Sedang Rabb dan Rasulku menyeru:
‘amr ma’ruf nahy munkar’
Dimana aku humbankan warasku??
Aku butakan hatiku,
Dari mengingati pesan Rasulku,
Tatkala sakaratul maut menjemput:
‘jaga taqwamu…’
Aku lupa tangisan dan rintihan Rasulku..
‘ummati, ummati, ummati..’
Benar katamu,
Aku manusia kayu berhati batu…
Betapa aku mementingkan diri sendiri.
Melekehkan kasih sayang Nabiku…
Meremehkan cinta dan anugerah Rabbi!
Dan yang paling benar,
Aku manusia yang paling cacat,
Kerana,
Hatiku tidak merah lagi!
ASTAGHFIRULLAH…
Benci!!!
Bagaimana harusku bebat Qalbi ini?
ALLAHU RABBI,
Aku bukan manusia suci…
ALLAHU RABBI,
Bagaimana harus aku berhadapan dengan-Mu nanti??
YA KHALIQ,RABBUL I’ZZATI,
Pencipta langit dan bumi,
Aku insan kerdil,
Aku a’bid hina,
Hakikat itu aku tahu,
Tapi aku rindu…
Aku merindui-Mu,
Merindui Kekasih-Mu,
Semilir angin meliuk bayu,
Memuput segar haruman kasturi Jannah-Mu,
Aku rindukan cahaya,
Dan aku rindukan SYURGA!
LAYAKKAH AKU?
LAYAKKAH AKU???
Tidak, bukan?
Bisakah aku diampunkan?
Sayu!!
YA RAHMAN,
Pada-Mu aku rafa’kan sembah dan sujudku,
Pada-Mu aku serahkan hidup dan matiku,
Setiap titis darah dan deru nafasku adalah milik-MU,
Pada-Mu jua aku sandarkan pengharapan dan pengabdianku,
Jangan Engkau palingkan rahmat dan kasih sayang-Mu dariku,
Kerna,
Aku akan jadi manusia yang paling malang dan rugi!
YA RAHIM,
Aku hanya aku,
A’bid kerdil penuh khilaf,
Ranjau liku ini penuh tohmah dan fitnah,
Adakala tersilap langkah,
Tersasar percaturan,
Tersalah perhitungan,
Ampunkan aku Tuhan…
ALLAHU RABBI,
Aku sedar dan aku akur,
Dengan setiap takdir-Mu,
Tapi aku hanya aku,
Aku tidak seagung Khadijah,
Tidak juga semulia Fatimah az-Zahrah,
Bukan pula Aishah Humaira kesayangan Rasulullah,
Aku bukan Sumayyah serikandi berhati waja,
Mahupun a’bid setaqwa Rabiatul Adawiyah…
Aku hanya aku, pemburu Raudhatul Mardhiyyah!
YA RABBUL I’ZZATI,
Janji-Mu pasti,
Yang bernyawa di uji,
Mati itu mesti!
Tapi aku masih di sini,
Masih seorang perindu sepi…
Aku akan pergi,
Aku akan mati…
Tetapi YA KHALIQ…
Aku rindukan SYAHID!
Maka aku mohon kekuatan,
Aku rayu pengertian,
Saat angin sangkakala-Mu menderu kencang bertiupan,
Menerbangkan dan menghancurkan seluruh nadi kehidupan,
Matikan aku dalam keimanan…
Aku damba keampunan,
Biar bergulung semua lautan,
Biar ranap gunung- ganang dan batu berpecahan…
Biar rembulan merekah,
merembeskan tangisan darah pekat bernanah,
Redhai aku dalam rahmah,
Lindungi aku dengan taqwa dan barakah…
Demi kasih-Mu Tuhan!!
Atau….
Terlewatkah aku????????
**************************
Di mana aku?
Hujan!
Aku harus berteduh!
Tapi…hairan…
Ya, kulitku tidak pedih seperti tadi!
Hujan ini tangisan siapa?
Di mana suara?? Suaraaa……
“aku di sini”
Hujan ini tangisan? Milik siapa agaknya?
Mengapa dia berduka? Seharusnya dia gembira!
“benar, hujan ini tangisan. mengapa kau kata begitu?”
hujan ini membawa bayu gembira…nyaman dan segar.
Hujan ini memberikan harapan, menghembus kekuatan,
menyuntik kebahagiaan!
Titisan ini tidak menyakitkan seperti tangisan hatiku…
Kerana itu pemiliknya harus gembira.
Hatinya tidak beku..tiada derita mahupun sengsara.
Sepatutnya dia tidak menangis.
“lupakah engkau hati manusia menangis tatkala suka
mahupun duka?”
Oh! Ya, benar. Aku lupa..
Bantu aku?
Sampaikan salamku pada pemiliknya,
Katakan,
Dia beruntung, kerana Tuhan masih menyayanginya.
“maka, kau juga harus bahagia”
Benar, aku bahagia untuknya.
Dan aku akan lebih bahagia
Jika tangisan itu milikku!
“berbahagialah! Tuhan masih menyayangimu..Kerana itu
memang tangisanmu.”
Benarkah!!??
Tapi, tangisan itu untuk apa?
Aku manusia cacat, aku pengkhianat..
Lupakah engkau pada kata-katamu sendiri?
“aku tidak lupa…mungkin kau yang lupa! lupakah kau Rabb mu Maha Mengasihani?Lupakah engkau Dia Maha Pengampun? Lupakah engkau Dialah yang memberikan hidayah pada hamba yang
dikehendaki-Nya? Lupakah kau pintu
taubat sentiasa terbuka bagi mereka yang ikhlas? Percayai aku! hujan itu milikmu… hujan itu tangisan syukur hatimu!”
ya, benar katamu..
maafkan aku kerana terlupa…
aku khilaf..
tapi…
lupakah engkau?
Hatiku tidak merah lagi…
Pasti hatiku menangis kembali,
Aku manusia cacat!
“pejam matamu, letakkan tangan di dadamu.Beritahu aku apa yang kau rasa.”
Denyutan!!!
Aku rasa denyutan!
Adakah telahanku benar??
“benar. Kau bukan lagi manusia cacat.
Hatimu merah kembali,
Kau bukan lagi manusia kayu berhati batu.
Kau manusia suci,
Kerana itu ia menangis syukur.”
Benarkah????
Aku tidak bermimpi bukan???
SUBHANALLAH,
ALLAHU RABBI,
Terima kasih TUHAN!!
juga padamu (suara)…
Kau menyedarkan aku,
Maka, aku kenal diriku,
Aku temui diriku yang hilang.
“mahukah engkau berjanji padaku?”
Apa sahaja yang kau mahu.
“ berjanji padaku…pelihara agamamu,
jadikan Al-Quran dan Sunnah pegangan hidupmu,
Bajai hatimu dengan taqwa, pelihara akhlaqmu, Kalam
Tuhan,
Zikir dan doa nyanyian tidurmu. Hidupmu amanah. Kau
harus ingat itu.”
Tapi…
Bagaimana jika aku gagal?
Mampukah aku melaksanakannya?
“mengapa tidak? Jangan kau jadikan itu alasan untuk
kau lari dari amanahmu.
bukankah sebelum kau lahir ke dunia
engkau telah berjanji di hadapan Tuhanmu?
Jadikan ketakutanmu itu kekuatan.
Yakini dirimu..
Kau pasti mampu jika kau benar-benar mahu!
Bukankah kau pemburu Jannah?
Atau…
Mahukah kau menjadi manusia cacat kembali?”
Tidak!!!
Aku tidak mahu menjadi manusia cacat.
Ya,
Aku pemburu Jannah.
Aku damba Raudhatul Mardhiyyah,
Aku Khalifah pemegang amanah.
Biar jatuh, biar rebah,
Aku akan tetap melangkah gagah,
Memburu syahid!
Waima jerih perit…
Kerana,
Perjuangan itu sememangnya pahit.
Aku rindu kemanisan Jannah!
Tuhan, redhai aku…
“benar katamu…mahukah engkau tahu sesuatu?”
Katakanlah…aku mendengar.
“saat hatimu menangis gembira, akulah sebenarnya yang
paling bahagia!”
Mengapa?
“kerana kau mengenali dirimu!
Dan aku lebih gembira bilamana
Engkau mengenali Rabb mu.
Bukan sekadar meyakini!”
najmi_qalbi, 4 JUN 2008, 11am