Thursday, October 22, 2009

sekeping kartu kuning susu...

sekeping kartu yang saya terima petang tadi menimbulkan pelbagai rasa dalam hati saya.. teruja.. x sangka.. sedikit kecewa, macam-macam.. kad tersebut merupakan undangan majlis perkahwinan yang dikirim oleh sahabat kesayangan saya. mungkin pada anda, ia hanya sekadar kad undangan biasa.. tapi, bagi saya, ia merupakan khabar gembira yang telah lama saya nantikan..

teman saya pernah di duga, dia kehilangan cinta saat sibuk merancang hari bahagia.. bercinta terlalu lama, hampir tujuh tahun menyulam cinta.. tapi janji Allah, hayat sang pencinta sekadar ini cuma. kehilangan yang terlalu mengejut itu hampir meragut seluruh jiwanya sehingga dia pernah berjanji, dia tidak akan berkahwin dengan sesiapa.. kerana cinta, jiwa dan hatinya dibawa bersama sang pencinta ke liang lahad.. saya dan teman2 lain terlalu bimbangkan dia.. dia mengasingkan diri, dan membawa diri jauh ke utara sedangkan sebelum ini amat payah untuk dia berjauhan dari keluarga..sebelum dia berpindah pernah juga beberapa kali saya menjenguknya di putrajaya dan setiap kali itu juga saya lihat dia masih berhiba.. setiap kali saya terima panggilan darinya, hanya satu yang akan menjadi topik utama.. betapa dia rindukan sang pencinta.. ke mana hendak di salurkan rindu itu tidak pula dia tahu bagaimana..

jadi, saya amat gembira.. sekurang-kurangnya dia telah menemui jalan bahagianya.. saya ingin melihat senyumannya.. tadi, waktu saya kirimkan pesanan ringkas padanya, saya tanyakan padanya.. adakah dia gembira? ya, katanya.. hati saya berbunga gembira seolah-olah saya pula yang terkena panahan asmara! saya tanyakan adakah dia benar-benar menyayangi bakal suaminya? ya, katanya.. saat saya ajukan soalan cepu cemas padanya.. adakah dia telah melupakan kisah silamnya? Dua cerita yang berbeza, jawabnya... saat itu saya tersenyum bangga.. dia semakin tabah.. dan yang paling penting dia kini tabah menongkah arus hidupnya semula...

satu saja yang agak mengecewakan saya.. berkemungkinan besar, saya tidak akan dapat menghadiri walimahnya atas sebab-sebab yang tidak dapat di elakkan.. tapi, insyaAllah, saya akan cuba untuk mengatur semula jadual waktu saya..

untuk 'sioh koyya'.. semoga bahagia sehingga hujung nyawa, insyaAllah.. saya doakan yang terbaik.. sayang mu sokmo2..


C.O.N.G.R.A.T.S |O.N.| Y.O.U.R

W.E.D.D.I.N.G

31 O.C.T. 09'

P/s i luv u: sentiasa percaya ada jodoh yang telah ditetapkan untuk kita..

No comments: