actually, i've got this email from a friend (thanx 2 teha). saya rasa email ni comel..tersenyum sorang2 pun blh.. may b kena btg hidung sendiri agaknya..hahahahha.. pe pun, enjoy it,ok..
Bila nak kawin???
Di sini orang bertanya
Di sana orang menyoal
Tak kira teman mahu kenalan
Asyik-asyik itu je yang jadi bualan
Begitulah nasib orang bujang
Tak kira lelaki mahupun perempuan
Keluarga pun dah mula risau
Is teruna, emak bimbang jadi bujang terlajak
Is dara, ayah takut bergelar andalusia
Jiran turut sama menumpang tanya
Bila dijawab jodoh belum Ada
Kata mereka, Kita kenalah usaha
Mandi bunga salah satu caranya
Tak pun mandi ais boleh dicuba (he..he..in cadangan pelik in)
Aduuuhh…disoal lagi
Kawin??? Nak kawin dengan sapa?
Calon pun takde.
Hah!!! Awak TU memilih sangat agaknya
Ewah-ewah sedap sungguh mulut berkata
Andai memilih suami semudah bershopping di pasar malam
Atau semudah membeli VCD cetak rompak
Atau sesenang memakan twisties..(yummyyyyy)
Aaahhh….sungguh bosan
Banyak yang lain boleh jadi persoalan
Kenapa asyik itu yang dihadapkan
Apa Kita nak heran
Lambat cepatnya jodoh, Allah yang tentukan.
Pada yang masih bujang
Biarkanlah mereka terus bertanya
Usah ditunggu letih mulut mereka (Takkan letihnya sampai bebila..)
Kalau Ada jodoh, Insya-Allah takkan ke mana.
Pada yang asyik menanya
Usah dirisaukan jodoh orang
Jaga masjid sendiri agar tidak goyang
Lain orang lain rezekinya
Syukurlah dengan apa yang Kita Ada.
No comments:
Post a Comment