Sunday, October 5, 2008

melakar cinta di pintu syurga...

Raja bin Umar An-Nakha’i bercerita.. "Dahulu di kota Kufah, tinggal seorang pemuda tampan yang zuhud.1 hari pemuda tersebut singgah dikalangan kaum An-Nakha’ dan bertemu seorang gadis cantik. sejak melihat gadis itu, beliau telah pun jatuh cinta. demikian juga dengan gadis tersebut.lantas, pemuda itu kemudian meminangnya, tetapi hampa apabila gadis itu telah bertunang…pasangan kekasih itu merasa sangat sedih…

si gadis kemudian mengirim utusan untuk menghantar surat kepada pemuda itu yang berbunyi…

" aku tahu engkau sangat mencintaiku dan aku jua amat mencintaimu. seandainya engkau berkenan, aku akan datang ke rumah mu atau engkau datang ke rumahku"

selepas membaca isi surat tersebut itu, pemuda itu pun berkata:

"2 tawaran ini tidak ada satu pun yang aku pilih.sesungguhnya aku takut akan seksaan kerana derhaka kepada Tuhanku. aku juga takut akan neraka yang api dan jilatannya tidak pernah surut dan padam…"

utusan gadis itu menyampaikan kata-kata pemuda berkenaan.gadis itu pun berkata,

"aku belum pernah menemui seorang yang zuhud dan takut kepada Allah seperti dia. demi Allah, tidak seorang pun yang layak mendapatkan gelaran kemuliaan kecuali dia, sedangkan kebanyakan orang adalah munafik."

selepas berkata begitu, gadis itu pun melupakan urusan duniawi. dia hanya memakai baju tenunan murah dan sejak itu tekun beribadat, walaupun hatinya merana.kerinduan membelenggu hidupnya sehingga meninggal dunia.

pemuda itu sering menziarahi makamnya.pada suatu hari dia bermimpi melihat kekasihnya dalam keadaan bahagia.pemuda itu bertanya,

"bagaimana keadaanmu dan apa yang kamu dapatkan selepas berpisah denganku?"

gadis itu menjawab,

"kasih dan cinta yang terindah adalah mencintaimu, sebuah cinta yang membawa kepada kebajikan. cinta yang indah sehingga angin syurga berasa malu, burung syurga menjauh dan malaikat menutup pintu.."

mendengar kata kekasihnya,pemuda itu bertanya kepadanya,

"di mana engkau berada?"

gadis itu terus menjawab dalam keadaan bersyair,

"aku berada dalam syurga yang dijaga oleh malaikat dan akan menunggu ketibaanmu, wahai kekasih."

kata pemuda itu,

"di sana aku mohon supaya engkau mengingatiku dan aku jua tidak dapat melupakanmu"

" dan demi Allah, aku tidak akan melupakanmu. aku memohon kepada Tuhanku juga Tuhanmu, sehingga Allah berkenan memberi pertolongan kepadaku," jawab gadis tersebut.

pemuda itu berkata lagi,

"bila aku akan dapat melihatmu kembali?"

"tidak lama lagi engkau akan menyusulku," jawab kekasihnya.

7 hari selepas bermimpi, pemuda itu meninggal dunia. semoga Allah sentiasa mencurahkan kasih sayangNya kepada mereka berdua dan mempertemukan mereka kembali di syurga…

ps:mungkinkah ada lg cinta sebegitu?

No comments: