Friday, January 29, 2010

klik..klik..klik..

black & white thursday.. (*_*)

waiting for someone... key holders :P


trio...

me & yopo...




morning...

pictures tell thousand words..























Thursday, January 28, 2010

kesinambungan??

bos yang sorang ni xabes lagi gelak dia pasal inseden langgar redah dinding semalam.. haiiii..bile nak abes ni.. naseb baik la bos2 kat sini boleh tahan la sporting dia. so, wat muka xmalu je la.. hehe.. arini best sebab dapat main cop! :) lalalalalala.... (*_*)

Wednesday, January 27, 2010

ceritera hari rabu..


saya mulakan hari ini dgn kemalasan..hhuhhuu..malas nak gosok baju. cari je bju yg xperlu digosok.nasib baik ada 1..pagi mcm biasa, wat kerja and tgh hari ada client nak datang. dari pagi saya asyik bergumbira dan bergelak ketawa, hati pun dah xberapa nak sedap je..org tua2 kata, kalau seronok sgt tanda nak menangis or something bad nak jadi.. (org2 tua kata..bukan saya.. :p )


tgh hari, masa tgh lunch, client datang and kebetulan bos saya xde. cuak jugak la nak entertain client. masa tu jugak la client nak tnya soalan, mintak explain pasal dokumen. masa 2 saya rasa mcm nk hantuk kepala sendiri kat dinding je.. dengan segera saya pergi dept, mintak bantuan kecemasan pada sape2 yg ada tapi malangnya xder sapa yang tau..sudah... sebab dh blur sgt, saya terus nanges.hahaaha..ngek je!! malu.. tapi pikir2 balik, dgn memberanikan diri, saya jwb je la apa yang patut pd client 2. yg penting, nnti cek and inform dia balik. senang.. and ada sorg lawyer yg sudi nak dtg tlg.huhuhu.


pastu, black out plak kat opis ni. terpaksa la serah resit dlm keadaan bergelap gelita. org maintenance 2 ckp maybe lama..sy and ofismate dh seronok.mana tau leh balik awl kan..tau2 kul 3 elok plak dia ada..saje je kan!!terkedek-kedek la kitorg menyambung keje..


ptg.. sob..sob.. lepas siapkan dokumen and hantar kat opis sebelah, bos lagi sorg tanya pasal pesanan dia yang saya jawab. dia nak wat return call. actually, msg 2 saya dh stick kat meja bos ni tapi xjumpa. gelabah la..masa follow bos,sy tgk bos dh masuk ofis dia, saya pun nak masuk sampai terlupa yang depan saya 2 dinding cermin!!mmg kena gelak sakan la..malu gile.....sampai dh xtau nak cakap apa. ni pun masa tgh wat bnda ni, bos 2 lalu dok sengih2..siap tnya lagi, ada lebam ke, patah ke..huhuhuh..wat dono je la...layan je.. :P chiowwww

Tuesday, January 26, 2010

hujung minggu separuh bosan.. (*_*)

hmm.. nak kata xder life mcm ada, nak kata ada mcm xder.. susah jugak nih.. jumaat malam sabtu berjalan2 berseorangan kat pasar malam dekat umah 2. mmg la sorg sbb balik pun dh malam. housemate semua dh kenyang.. hehhe.. cuci mata je lebih tapi xtau nak beli apa.last2 sambar air kelapa dgn mee goreng. sabtu, nak basuh baju ampaian dah penuh. so g teman aisyah cari baju utk convention dia kat area jalan TAR. last2 jubah xbeli tapi barang lain yg kitorg borong! nak kata menyesal, xleh nk ckp menyesal sbb dh beli. tapi mmg dh lama gile xberboros mcm 2. sy spent 600 dlm masa stgh hari!klu mak tau mmg kena marah la kan.. xmo dh membeli mcm 2..mcm org gile pun ada rasanya.. xbijak lgsung!malam sy g kolam dgn fazilah and k.ita. tapi xleh nak berendam lama sebab ada function kt dewan 2. bising sgt and xberapa nak privacy. kul 10+ dh angkat kaki then kitorg gi mengopi kt old town bangsar south smpi kul1. sesaja nak tengok gelagat org ramai. seronok la plak.. balik, singgah kedai beli brg nak masak ari ahad. smpai umah dah kul2. pastu wat aktiviti mendobi 3round sambil baca buku.kul 4.30 tido.. ahad, menu spageti.budak2 lain semua kuar umah, sy terperok kat umah jadi cekodok!hahahahh..chiowwww...

untuk dia...

Ya Allah..
Peliharalah sahabatku,
Di kala penjagaan ku tidak sampai padanya...
Sayangilah dia,
Di kala rasa sayangku tidak mampu merengkuhnya
Dalam dakapan yang nyata...
Muliakan dia,
Di kala penghargaanku tidak terangkum
dengan kata-kata...
Kerana kau punya
Apa yang diriku tak punya...
Segalanya dalam Rahmat-Mu jua
Amin...
p/s: i really miss my BBGF... :(

Thursday, January 21, 2010

tangkap pilu

..... dan aku kian kelelahan .....

saya frust.. actually ada 2 benda yang menyebabkan saya frust sgt.. first, saya xdapat nak join program ke thailand selama 10hari di sebabkan saya dah memulakan episod chambering saya (Insya-Allah). oleh sebab seorang pupil tidak dibenarkan bercuti terlalu lama, saya terpaksa menolak pelawaan irfan. program perkhemahan bahasa inggeris utk membantu anak2 thailand 2 memang telah lama saya nantikan.. sementelah irfan memang byk terlibat dgn aktiviti-aktiviti sebegini, saya harap leh la menumpang sekaki cari pengalaman. mana tau leh kje dgn UN kan?heheh.


second, saya frust sebab xleh join program pendidikan anak yatim. saya terpaksa menarik diri sebab once dh masuk program 2 memang xleh tarik diri and kena bagi komitmen setiap minggu. saya mati2 ingatkan leh wat part time. sebab saya takut tidak dapat menghadirkan diri kerana urusan kerja. kadang2 kena call on the spot, xtentu waktu. dan saya tak nak sebab saya rutin belajar diorg terganggu.


doa saya, saya harap saya akan dapat buat 2 perkara ni coz memang saya teringin nak wat benda ni dari kecik.. doakan saya..

Tuesday, January 12, 2010

1,2,3 lekuk, mari blajar jadi kodok! (*-^)

last week was a very2 fun week for me.. sarat dgn aktiviti. bermula dgn jumaat mlm sabtu, i received a call from zua. she asked me to come home early coz k.ita ajak s.W.I.m.M.i.N.g!!! susah nak tolak kan?so i said yes!!! naseb bek la kje dh abes waktu tu..so terus angkat beg, chiow.. smpai je umah, siap2 beg trus g. punya la seronok..kitorg balik umah kul 12+ tapi xpe,puas hati sgt2. saya xderla pndai berenang sgt. sikit2 blh la. selalu 2 terjun sungai. bila main kolam ni cuak la jugak.. tambahan pulak kolam 2 licin..mmg tertonggeng2 jugak la dlm kolam 2 sebab terpijak kaki seluar sendiri!padan muka saya. yg seronoknya tgk housemate2 saya..mcm2 gaya.even xtau berenang, still blh wat gimrama dlm air tuh!berpusing2 mcm penari balet dh..heheh..go gurls..org xde, sape peduli kan?

sabtu kitorg g karok ramai2 3jam kt RB. nasebbaik xpecah anak tekak.heheh..oleh sebab after karok ramai yg ada plan masing2, so utk malam yg ke-2 hanya sy n k.ita je menyambung aktiviti kolam kitorg..best..walaupun hujan, sape yg peduli..alang2 basah, biar basah betul.. baru namanya mandi kan? (^__^). lepas abes aktiviti kolam kitorg g melepak kt kedai makan blkg umah.kali i dh tmbh satu korum, awin.my friend. terjumpa plak si ihsan kt kedai 2.sembang jap. pastu g amek si mek lah n kitorg tido kt umah k.ita malam 2..jam pun masa 2 dh kul 4pg.. (klu mak tau,mati la sy kena pancung!)hahah

pg ahad yg tenang, kitorng masak nasi ayam. of coz la k.ita yg masak. sy dgn mek lah tlg2 je..hahaha..tlg tgk, tlg kacau.. heheh..tgh hari 2 sy dpt call menyuruh saya g ke kampus utk kelas islamic finance. jd terpaksala bergegas ke kampus. sbb xprepare n tgh kenyang, sy masuk kelas dgn mata tertutup!hahaha..sori, bos..xsengaja. smpi umah around 8, lipat baju, basuh baju, gosok baju utk 3ari,pejam celik pejam celik dh kul 12..time 2 say gdnite...

p/s: kitorg bercadang nk wat jadual permanent.. jumaat n sabtu= k.0.L.A.m.. hopefully dpt la direalisasikan.. :)

Monday, January 11, 2010

aku yg kelemasan?

di balik tirai itu,
aku mengadu sendu,
di tabir senja itu,
aku berlagu pilu,
walang,
malang...

lalu,
aku membawa langkah,
bersama hati yang kian parah,
dan mega warna,
yang kian sirna...
derap langkah sepatu,
setapak satu demi satu,
ingin aku teriakkan pada dunia,
aku bukan manusia tanpa nama,
namun aku tak punya suara..

dan kini,
aku tenggelam
di dasar yang dalam,
dengan pandangan yang kian kelam..
semakin kelemasan
dalam sebuah kaca yg dinamakan
perasaan...

Wednesday, January 6, 2010

berjalan2 di simpang perasaan..



semalam aku di sini

berlegar-legar di tengah orang ramai

mengikut langkah kaki

cuba merasakan damai

ku pandang kiri

ku pandang kanan

dan aku masih berdiri di sini

mencari jawapan pada seribu persoalan
apa yang aku mahu?
apa yang aku perlu?
aku haru biru..

Monday, January 4, 2010

yang baru di tahun baru??


semua orang sibuk bertanya saya, apa azam saya tahun ini..saya hanya tersenyum.. tapi dalam hati, saya sendiri tertanya-tanya, ada azam ke saya ni?? sengaja saya bertanya pada mereka yang bertanya, penting ke ada azam ni.. dan macam2 jawapan yang saya terima. ada yang kata,wajib ada azam sebab org lain pun ada azam.kite mesti ada jugakla.satu pun xpe. ada pulak yang cakap, azam mereka panjang dh listnya..berjela-jela..hehehe..tapi persoalannya, boleh capai semua ke? pada saya ada azam atau tidak, tak mengapa asalkan kita tahu apa yang kita nak buat. jangan sekadar memasang angan2 kosong semata. takde guna.yang penting usaha,usaha,usaha, doa,doa,doa, tawakal dan redha. bg yg masih belum mencapai azam tahun2 sebelumnya, berusaha lagi. jangan putus asa. saya? sejak saya memahami apa itu 'azam' saya dh mempunyai mind setting saya yang tersendiri.dan saya masih berusaha untuk mencapai ke arah itu. biarpun dalam keadaan merangkak, saya yakin segala pengorbanan dan usaha saya, InsyaAllah akan mendapat perhatian dari-Nya jua satu hari nanti.. cepat atau lambat, saya masih boleh bersabar menunggu dan meningkatkan usaha. sering saya ingatkan diri sendiri, rezeki itu tidak datang bergolek. dan saya percaya bukan Dia tidak mendengar cuma mungkin saya yang masih belum bersedia sebab Dia tidak akan memberikan sesuatu yang tidak berkadaran dengan kemampuan hamba2Nya. sehingga sampai detik itu, saya akan terus berjuang dan menunggu...doakan saya..