Tuesday, September 16, 2008

butakah cinta??

Butakah cinta??


Ramai orang selalu mengatakan bahawa cinta itu buta. Cinta itu buta... Setiap kali saya akan terkenang lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan Spring, lagu yang pernah popular saat saya kecil dahulu. Begini bait-baitnya:

“Jika benar cinta itu buta, butakah mataku. Berkali terluka masih jua ku menunggu...Apa yang ku inginkan cuma kejujuran dalam perhubungan.. jika itu tiada, apalah ertinya... penantian ini hanya sia-sia...”

Jadi benarkah cinta itu buta? Itulah persoalannya.

Tapi, jujur saya katakan, saya tidak percaya. Pada pandangan saya, (yang tentunya tidak wajib benar dan harus salah) cinta itu tidak buta. Manusia itu sendiri yang membutakan matanya kerana cinta. Kita sendiri yang memejamkan mata kita daripada melihat persekitaran dan apa yang berlaku disekeliling kita kerana sedang asyik masyuk bercinta. Jadi, mengapa cinta pula yang harus disalahkan? Tentunya tidak adil, kan?

Cinta itu adalah iradat dan anugerah dari Tuhan, dikirimkan ke dunia memenuhi hati-hati manusia supaya kita dapat hidup dengan tenang, penuh kasih-sayang, barakah dan rahmah. Semuanya jelas dan boleh anda lihat sendiri di dalam Al-Quran (Al-Rum: 21). Kerana cinta jugalah kita lahir ke dunia ini. Kerana cinta jugalah Allah ciptakan syurga dan neraka serta seluruh isi alam semesta. Cinta menjadikan kita seorang ‘manusia’, cinta mengajar kita erti dewasa, cinta mengajar kita erti derita, erti rindu dan sendu, cinta mengajar kita erti iman dan taqwa. Sebegitu banyak kenikmatan cinta, masih butakah ia?

Setiap orang punyai ragam dan kerenah yang berbeza. Tapi setiap kita mempunyai fitrah yang sama, ingin menyintai dan dicintai. Kita dambakan bahagia hakiki. Jadi, tidak hairan jika ada yang membutakan mata sendiri semata-mata ingin memelihara cinta mereka. Cinta sejati, katanya. Seringkali kita lihat di dalam masyarakat kita, ada isteri yang sanggup hidup bertahun-bertahun walaupun didera dan diseksa sang suami. Semuanya kerana apa? Bukankah kerana cinta? Kalau pun bukan untuk si suami, pastinya dia berdiam diri demi anak-anak. Bukankah itu juga pengorbanan untuk melindungi cintanya?

Ada juga sesetengah gadis yang sanggup menahan diri walaupun mereka miliki pasangan yang panas baran. Belum pun berumahtangga, tangan dan kaki sudah naik ke muka. Lagaknya seperti Superman! Tapi mereka masih mahu bertahan dan sedia memaafkan dengan harapan si dia akan berubah. Mahukah berubah? Berbaloikah penantian anda? Jika dia mahu, semasa si dia mula-mula berkenalan dengan anda, si dia akan berusaha mengubah dirinya. Tapi, kalau dah bercinta sembilan tahun lamanya, masih dengan tabiat lama, anda benar-benar fikir anda mampu mengubahnya?

Dengan memberi pandangan sebegini, tidak bermakna saya menyebelahi wanita kerana saya dari kalangan jantina yang sama. Perkara begini tidak hanya berlaku kepada kaum wanita. Bahkan ada juga lelaki yang menjadi mangsa. Saya pernah terbaca satu rencana di dalam sebuah majalah tempatan, ada segelintir lelaki yang menjadi mangsa dera wanita! Ada juga lelaki yang terpedaya dengan pujuk rayu wanita sehingga terpaksa bergolok bergadai. Semuanya kerana cinta!

Jika anda salah satu daripada mereka, mengapa tidak anda angkat kaki sahaja? Berbaloikah anda korbankan kasih, cinta dan sayang anda untuk mereka yang tak pernah mahu menghargainya? Islam telah memberikan panduan, carilah yang beriman. Maka anda akan terselamat dari masalah sebegini. Bukankah lelaki yang baik diciptakan untuk perempuan yang baik juga? Maka, mungkin anda layak mendapatkan insan yang lebih baik daripada si dia. Insan yang akan menyayangi anda seikhlas hatinya, menerima anda sebagaimana anda tanpa mahu mengubah apa-apa.

Nasihat ini tentunya saya lebih utamakan kepada kaum perempuan. Ini bukan agenda untuk tidak berlaku adil. Hanya kerana kaum wanita tidak mempunyai banyak pilihan sebagaimana lelaki yang boleh berkahwin empat. Jadi, pilihlah yang terbaik. Saya tidak menyarankan anda mencari insan sempurna kerana tiada siapa yang sempurna di dunia ini melainkan-Nya. Bahtera mana yang tidak dilanda badai? Lautan mana yang tidak dihempas gelombang? Begitulah adat berumahtangga. Bergaduh sedikit perkara biasa. Sedangkan lidah lagikan tergigit. Saya tidak mahu anda menyesal di kemudian hari. Kelak anda yang rugi. Sekali melangkah, anda sudah tak boleh menoleh ke belakang kerana masa tidak boleh diputar kembali.

Saya percaya, ramai dikalangan kita yang sanggup menderita daripada diceraikan atau digantung tidak bertali. Mungkin kerana takutkan status janda atau duda itu sendiri kerana saya pasti ramai dikalangan kita yang masih memegang kejap prinsip ‘kahwin hanya sekali’. Tapi, siapa tahu mungkin yang kedua lebih bererti? Atau mungkin adakalanya lebih baik bagi anda untuk hidup sendiri? Saya tidak minta perkahwinan sesiapa menjadi porak-peranda. Itu bukan niat saya yang utama. Nauzubillah!

Niat saya hanya satu. Saya tidak mahu sesiapa di antara kita tersilap langkah. Celikkan mata anda ketika anda memutuskan ingin bercinta sekaligus berumahtangga. Jangan butakan mata anda kerana cinta. Kita lebih menurut nafsu saat kita mabuk asmara. Maka, sekalipun kita tahu, kita pekakkan telinga, kita butakan mata. Ada juga yang sanggup putus sahabat, putus saudara jika ada yang cuba memberitahu.

Sepatutnya anda berterima kasih kepada mereka kerana itu tandanya mereka amat menyayangi anda. Mungkin ada yang akan mereka-reka cerita untuk memburukkan pasangan anda. Tapi, apa salahnya anda selidiki dahulu, pertimbangkan baik dan buruk sesuatu perkara, kemudian barulah anda putuskan sama ada si dia yang anda benar-benar mahu. Jika mahu keputusan yang lebih meyakinkan, buatlah istikharah. Mintalah petunjuk dari-Nya. Mudah-mudahan anda akan perolehi kelapangan hati. Semoga anda bertemu dengan kekasih hati anda. Mudah-mudahan anda mendapat cinta sejati. Dan saya doakan anda perolehi keredhaan Ilahi. Sesungguhnya, kebahagiaan anda, kebahagiaan saya jua!

Najmi_qalbi – 10 June 2008, 1.23 a.m

kerana kita manusia biasa...

Kerana aku manusia biasa...

Benar, setiap insan punyai pelbagai impian dan harapan. Perancangan masa hadapan. Ada yang ingin kebijaksanaan, ada yang ingin kemewahan, kecantikan dan sebagainya. Fitrah manusia memang begitu. Kita tidak maksum. Makanya, tidak dinafikan lumrah kehidupan manusia lebih banyak yang berpandukan nafsu. Penuh kegilaan, penuh angan-angan! Lucu, bukan?

Kerana aku manusia biasa...

Maka aku juga tergolong dalam kelompok ini. Aku tidak akan menafikan, hakikatnya memang seronok membina impian, memasang angan-angan. Siapa yang akan menolak? Sekadar berangan-angan, tidak akan ada yang rugi kerana satu sen pun tidak perlu dikeluarkan. Kan?

Kerana kita manusia biasa...

Betapa adakalanya, angan-angan kosong itu memberikan kebahagiaan, menerbitkan senyuman. Si kecil berangan, ‘kalau dapat nombor satu pasti ayah dan ibu lebih menyayangiku. Mereka pasti berbangga denganku kerana aku mampu berjaya walaupun kami hidup dalam kedhaifan’. Si bapa yang hanya mampu kais pagi, makan pagi, kais petang, makan petang menyara keluarga demi sesuap nasi pasti berangan, ‘jika hari ini aku berjaya mendapatkan rezeki lebih, pasti anak-anakku gembira. Sekurang-kurangnya mereka akan ada belanja sekolah, atau boleh digunakan untuk membeli buku, membayar yuran atau sekurang-kurangnya mereka boleh makan berlauk hari ini (walau hanya telur dadar di belah lapan!). Bukan sekadar nasi berlauk garam berkongsi di dalam satu pinggan!’

Ada yang ingin menggandakan kekayaan, menjadi orang kenamaan bahkan ada juga segelintir antara kita yang memasang impian yang bukan-bukan!! Mungkin ada doktor pakar (pastinya yang xpernah lulus dan jejakkan kaki di sekolah perubatan) di luar sana berangan, ‘aku dah cuba ecstacy, esok boleh jalankan eksperimen baru, cuba heroin pula. Barulah ‘best!’. Bagi kasanova jalanan, mungkin berangan, ‘hari ni, aku ‘ayat’ sekali, ‘awek’ tu cair, tangkap leleh lagi.. Siap ikut keluar makan. Esok boleh cuba lagi. Untung-untung boleh pegang tangan! Bertuah badan...’ Bagi si minah perasan, pasti tak lepas juga dari angan-angan. Berkemungkinan, ‘bila lagi nak tayang badan, jadi mestila pakai yang ketat-ketat, sendat-sendat, tayang pusat berkarat! Untung-untung ada yang terpikat!!’. Fuh, dasyat... Err, agak-agak dia berani tak lalu depan ustaz? Pening lalat... Memang dunia dah nak kiamat!

Ada juga yang impian mereka bercanggah dengan realiti kehidupan! Asalkan ada duit, semua boleh jadi. Halal atau haram ‘belakang’ cerita... Sanggup gadai ‘body’, gadai nyawa, rela bertapa, rela puja kubur cina, yang penting kaya. Belum lagi cerita yang menuntut ilmu hitam dan ‘membela’... Memang hantu raya! Ada yang sanggup berbelanja kerana tidak mahu nampak tua. Tak sedar dia, rumah kata pergi, kubur kata marilah..., marilah! Botox, pembedahan plastik, suntik sini, suntik sana, susuk emas, susuk delima, susuk besi, semua ada... Hakikat manusia memang tak selalu muda, apa nak dikata?

Tak kurang juga anak muda yang bila di tanya, apa cita-cita? Tahu apa katanya? ‘Bar Tender berjaya!’ Yang bertanya pulak yang ternganga! Terbayang-bayang air kuning berbusa di kepala. Belum lagi cerita yang nak jadi usahawan berjaya.. Yang bertanya tumpang gembira. Ada juga anak muda berani mencuba, berhati waja. Jual apa? ‘Pil Kuda’, katanya bangga! Haaaa?? Kelu tak terkata! Ada juga yang kata, nak jadi ‘anak ayam’ berjaya. Kenapa nak susahkan diri sendiri. Tak perlu belajar tinggi-tinggi. Yang penting ada rupa, ada ‘body’, cari ‘sugar daddy’. Sugar mummy pun boleh ‘join’ sekali! Yang bertanya rasa macam nak tertanggal gigi dengan gusi! Kalau jumpa lagi 10 yang macam ni, ‘kompom’ boleh mati sakit jantung, Tibi dengan denggi sekali!

Ada pula yang tukar jantina! Bila di tanya kenapa, ada yang jawab nak jadi ratu kebaya! Gila! Memang gila! Agak-agaknya, tercapaikah cita-cita? Ratu kebaya ‘kaum dia’ agaknya.. Bila ada yang menegur, ada juga yang tarik muka.. tarik muncung 14 inci mengalahkan itik nila! Kita warganegara merdeka. Jiwa dan minda perlulah terbuka. Ini hak asasi manusia, katanya... Hak Tuhan di mana letaknya? Ada juga yang kata, ‘buat apa nak kisah.. Jaga kain masing-masing sudah la.. Kubur kita lain-lain. Engkau susah apa? Lagipun aku yang kena seksa! Ikut suka aku la...’ Hebatnya bicara!! Azab Allah bukan sakit macam kena gigit kerengga!! Tahukah dia?

Kerana kita manusia biasa...

Makanya, kita perlu bijak menimbang baik buruk sesuatu perkara. Ada impian yang menjanjikan kebahagiaan jika kita benar-benar berusaha untuk merealisasikannya. Ada impian yang memberi semangat dan kekuatan untuk menempuhi masa hadapan. Ada juga impian yang dicipta sekadar untuk mengubati hati yang rawan. Pastinya ada juga impian dan harapan yang membawa kepada kehancuran dan kebinasaan. Pilihan ada ditangan. Kitalah yang menentukan, kita jualah yang membuat keputusan. Asalkan Syariat dijadikan landasan, kita pasti tidak akan keciciran atau kecundangan!

Kerana kita manusia biasa...

Makanya, bermimpilah! Berharaplah! Tidak salah membina impian. Namun, andai kecundangan di pertengahan jalan, janganlah disalahkan takdir Tuhan... Kerana kita hanya manusia biasa! Kita merancang, tetapi ingatlah Dia sebaik-baik perancang. Dialah yang menentukan. Yakinlah bahawa Allah tidak pernah zalim pada hamba-hambaNya. Setiap impian dan harapan anda pasti dimakbulkan. Yang membezakannya hanyalah cepat atau lambat, bersesuaian atau berkadaran dengan tahap kemampuan setiap insan. Anggaplah ia sebagai satu ujian untuk menguji keimanan kita sebagai hamba Tuhan. Pasti ada hikmah di sebalik setiap kejadian. Jadilah a’bid yang sentiasa bersyukur, ikhlas dan redha dengan setiap ketentuan, di saat suka, duka, gembira dan rawan.

Kerana kita manusia biasa...

Maka pada Dia kita sandarkan harapan. Adakala kita mengharapkan kebijaksanaan, Allah berikan masalah agar kita mampu memecahkannya, agar kita bisa mencari jalan penyelesaian. Adakala kita mohon kekuatan, Allah berikan cubaan agar kita tabah menghadapinya. Adakala kita mohon di berikan keberanian, Allah berikan merbahaya agar kita mampu mengatasinya. Kita mohonkan kebahagiaan, Allah berikan pintu kesempatan agar kita dapat memanfaatkannya. Sesungguhnya, hanya Dia yang lebih Mengetahui.

Kerana kita manusia biasa...

Maka rebutlah setiap peluang yang ada di hadapan mata. Setiap kesempatan ada rezekinya. Di sinilah iman, ilmu dan amal memainkan peranan. Di sinilah jua titik mula kebahagiaan. Carilah hidup yang di redhai Tuhan. Impilah keberkatan. Hidup ini indah kerana kita tidak tahu apa yang akan terjadi di masa hadapan. Andai semua ketentuan berada di dalam jangkauan, maka tiadalah lagi nikmat kehidupan. Hilang dan sirnalah kemanisan iman. Inilah rahsia Allah yang dihadiahkan buat insan dan umat pilihan!

Kerana aku manusia biasa, kerana engkau manusia biasa, kerana kita manusia biasa...

TERIMA KASIH TUHAN!!!


Najmi_Qalbi – 7 June 2008, 5.25 a.m.

coz u r special...

you are special in your own way..

Pernahkah anda merasakan bahawa adakala dan ketika anda ingin menjadi orang lain? Anda yakin, anda akan menjadi lebih baik daripada diri anda sekarang. Anda merasakan anda akan bahagia jika keadaan berlaku sebaliknya. Tentu pernah kerana saya juga begitu.

Terlalu banyak yang telah saya lalui sehingga ada kalanya saya terlalu ingin menjadi orang lain. Tapi, bukankah itu menunjukkan bahawa saya sebenarnya seorang pengecut! Saya ingin lari dari masalah yang sepatutnya saya tangani dengan bijak bestari. Mungkin benar, kadangkala beban di hati ini terlalu berat ingin ditanggung sendiri sehingga menyebabkan saya ingin lari menyembunyikan diri di tempat yang sunyi dan sepi. Tapi, dengan menjadi orang lain, masih ada masalah lain yang bakal saya hadapi. Mungkin lebih dasyat dan teruk daripada yang sebelum ini. Allah yang lebih mengetahui...

Fitrah manusia, sering dengki, iri hati dan tidak pernah merasa cukup dengan apa yang ada di hadapan mata. Entah hakikat bahagia bagaimana yang kita mahu agaknya!

A lot of people out there were never happy because they thought it had yet to come. They always wish that someday miracle might happen and carries their worries away. Might be, someday the wind will blew their sorrow. They keep on waiting for the thing that might and might not happen without even trying to appreciate what they already have in their hands. Do you really think it is the right thing to do?

I honestly think the answer is positively ‘NO!’ and it is a wrong thing to do. We do not know what will happen to us in the future. Might be, what we have now is the best thing that happened to us. Do you want to regret later when you learn that things not turn out as what you hope? What happen if things happened not up to your expectation? Would you be able to accept the reality or would you live in misery?

So, learn to live every moment of happiness and never too busy to reach for the future, to receive or to give love. Life does not work like that. Life is not about receiving or giving only. Life must have its give and take. When you accept people as the way they are, people will appreciate you more and they will accept you as the way you are. Of course sometime it is not easy as you think it should be. Mark that in your mind, life is not easy and it will never be!

There are days that nothing goes your way. It is impossible to go through life without trials and struggles being thrown at you. They come when you least expect them; when your guard is down and your defences are weak. They come when you happily strolling down a street and ‘bullets’ start flying at you. You can dodge them all you want but as long as you are alive, they will keep coming from all directions. You cannot always stop dead in your tracks or duck down forever. Sure, you might get wounded, but you just have to bandage the wound and carry on. There is no room for defeat. Or do you want to complaint each time? But it still will not help if you keep complaining. Stand up to it, list all points and put your shoulders to the wheel. You must try harder and never give up or lose hope. Even worries go away.

Of course you always have options. After all, life is a matter of choosing either winning or losing! However, when you choose not to make a choice, you do choose because you choose not to choose.

So, do not keep hanging in the past as it will become longer and longer. Do not dream a lot about your future as it becomes shorter and shorter. But concentrate on the present as the hope in the future is bigger than the regrets for the past. Today is the day. It comes only once as tomorrow is no longer today. Enjoy your life in every possibility to the fullest every day.

Make your life as a house where you heart can live in it, with a door that is open to receive warmth hands of others and a garden full of memories of good things! Be grateful and thankful person. You will enjoy your life. Appreciate all things in your hand. Do not sit quietly and only waiting for the miracles to happen. Believe in yourself. You can create your own miracles! If you cannot do great things, do small things in a great way! See your life as an adventure and make it worth it to live in it. Never look back as you will not learn anything. Make your mistakes as a guidance to make you a better person each day.

Therefore, if fate favours you one day and you are asked, what you want to be, do not wish to be someone else because you are great the way you are and of course, you are special in your own way!

Kebahagiaan itu harus dicari dan pastinya ia tidak akan datang bergolek sendiri. Saya inginkan bahagia... Kerana itu, sekalipun saya diberikan tawaran berjuta-juta, saya masih dan akan tetap memilih untuk menjadi diri saya sendiri. Sekalipun saya dilahirkan dengan sejuta kekurangan, sekalipun saya ditakdirkan untuk tidak mempunyai sebarang kelebihan, saya tetap ingin menjadi ‘saya’ kerana saya percaya Allah tahu apa yang terbaik untuk saya. Saya hanya akan menjadi baik dengan kemampuan yang ada pada diri saya sekarang. Saya tidak mahu lari dari hakikat dunia nyata. Saya tidak mahu hidup dalam impian pura-pura yang tidak memberi sebarang makna. Makanya, saya akan berusaha sekuat tenaga dan sepenuh jiwa untuk memberikan yang terbaik pada insan-insan yang berada di sekeliling saya dengan cara saya yang tersendiri pastinya... Doakan saya!

Najmi_qalbi – 8 June 2008, 6p.m

love untold..


How can I say goodbye to someone I never had?

Why do tears fall for someone whose existence is beyond the reach of my hand?

Why is that I miss someone I was never with?

And I asked myself thousands times, why do I love someone whose love was never mine?!

Would he able to see my tiny little heart,

Despite all the weaknesses that I had,

Would he able catch and hold me tight,

Even when I broke into pieces and fell apart...

This love that I long for,

This love that I treasured the most,

Would I be able to keep it within me?

Would I find it at the end of my journey?

A love as deep as the deepest ocean,

A heart filled with a strong emotion,

I want to feel the joy without measure,

I want the bliss to last forever...

Is that too much to ask for?

A love I can describe to none,

A love so deep that he must be the one!

A love so secret yet untold,

Only God knows what the future may hold...

As far as the future we cannot see,

But together forever I hope we will be...


Najmi_qalbi - 8 June 2008, 8.30p.m

jika...

Jika ada sesiapa meminta cintamu,

Katakan ianya hanya pada Allah yang satu,

Jika ada sesiapa meminta kasihmu,

Katakanlah ianya hanya untuk Rasulullah, Nabimu,

Jika ada sesiapa yang meminta rindu dan sayangmu,

Katakanlah ianya buat ibu dan ayahmu,

Namun,

Jika ada sesiapa yang meminta hatimu,

Maka berikanlah ia kepada mereka,

Yang benar-benar menghargainya,

Biarpun hatimu telah retak seribu...


Najmi_qalbi - 9 June 2008, 2.15p.m