Tuesday, September 16, 2008

"demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian!"

Detik2 waktu yang berlalu, mampukah ia berputar kembali?

Saat ini saya merasakan hidup saya terlalu sunyi.. mungkin bebanan kerja yg terlalu byk menjadikan saya seorg yg semakin sensitive hari ini. Saya terlalu perlukan seseorg saat ini..seseorg yg boleh mendengar cerita2 saya.. yang boleh bermain, bergurau senda.. teman untuk melepas lelah walau untuk seketika! Saat2 beginilah yang semakin membuat saya teringat pada seseorg yg tlh tiada.. tentu saya tidak akan sesunyi ini..

Waktu itu, sesibuk mana pun dia, dia tetap akan meluangkan masa menghiburkan saya. Cukup sekadar dgn 1 msg , dia sudah mampu membuat saya tersenyum.. jika dia terlalu sibuk waktu itu, dia akan membuat kejutan2 tertentu (yang lazimnya bukan lg kejutan utk saya.. tapi yg penting adalah usaha beliau utk menggembirakan saya..). yang paling saya gemari tentunya bila saya dikejutkan dgn bunyi deruan ombak kala dinihari! Saya tahu saat subuh2 begitu pastinya angin pantai agak dingin, menyucuk hingga ke tulang sum2. Berkali2 saya berpesan padanya tapi xpernah diendahkan. Jawapan yang selalu diberikan, asalkan itu boleh membuat sy tersenyum, semuanya akan berbaloi. (sedangkan jarak yang memisahkan kami x membolehkan dia melihat saya tersenyum atau pun tidak!tapi dia sering menjawab selamba, dia yakin pada ‘instinct’ nya. Dan selalunya juga, instinct nya tepat!) tp kini, kenangan hanya sekadar kenangan..masa yang berlalu tidak akan berputar kembali.. dan.. andai waktu boleh diputarkan kembali..ada beberapa perkara yang ingin saya katakan padanya…

1. “maafkan saya kerana tak mampu menjadi teman yg terbaik sebagaimana anda menjadi teman terbaik saya”,

2. “Terima kasih kerana menjadi sahabat setia disaat suka n duka”.

Hidup perlu diteruskan. Itu juga janji saya padanya… makanya, saya perlu kuat! Saya perlu tabah! Biar rebah dan luka berdarah, saya xmahu kalah.. saya berjanji untuk gembira, saya berjanji untuk tersenyum sentiasa. “apa yang kita lalui hari ini tidaklah segetir Nabi, jadi terimalah dgn lapang hati..jd, senyumlah!senyuman penawar duka..senyuman mengajar kita erti syukur dan redha, senyuman tarbiyyah sabar dan taqwa..” begitu pesannya pada saya.. dan dengan senyuman juga dia meninggalkan saya n dunia yang fana ini..itulah azimat n senjata saya..

terima kasih untuk segalanya…

Buat teman sebaik n seluhur anda… AL-FATIHAH…

najmi_qalbi: sept 17th 2008. 2 a.m

No comments: