Wednesday, October 13, 2010

Am i that bad???



Memang saya akui parent saya berpisah selepas saya di lahirkan. But please take note that..saya xpernah mintak family saya jadi macam ni. Dan saya yakin kalau diberi pilihan parent saya pun xmahu jadi macam ni.. Tapi itu semua janji DIA. Mungkin ini yang terbaik untuk kami semua..Saya penat..sungguh saya penat. Senang mulut nak bercakap, nak mengata tapi pernah tak yang berkata tu letakkan diri dia di tempat saya?? Dia tau tak saya cukup terseksa nak lalui hidup saya yang jelas tak sempurna macam orang lain.. Tapi saya belajar untuk redha. Saya bertatih mencari kekuatan tapi kenapa mudah sangat mereke melekehkan saya??
Sejak kecil saya selalu di hina sebab ramai yang tak pernah tengok ayah saya. Hanya menumpang kasih dengan saudara. Hingga kini saya masih memanggil pak lang dengan gelaran ayah dan pak anjang melayan saya bagai anak sendiri. Tambahan pulak keluarga saya boleh dikatakan  susah. Mengharapkan gaji mama sebagai kerani, berapalah sangat yang mama dpt. Tapi kami belajar untuk hidup seadanya. Kalau nak kan sesuatu, kata mama harus berusaha. Kerana itu saya dan abang berusaha keras untuk mengubah nasib kami. Alhamdulillah, saya dan abang berjaya menggenggam segulung diploma dan ijazah. Biarlah bertatih, asalkan sampai ke garisan. Tapi gelaran itu masih melekat sampai kini.
Dulu, sorang lelaki yang pernah berjanji untuk sehidup semati dengan saya berpaling pergi hanya kerana family saya berantakan. In fact, kami telah berbincang dalam masa sebulan dia akan bertemu dengan mak dan ayah saya. Katanya, biarpun saya masih belajar dia mahu hubungan yang punya nama. Sumpah, hingga kini saya masih ingat lagi kata-kata yang beliau lafazkan saat saya beritahu tentang keluarga saya. Katanya:
“Maaf, saya xblh tunaikan janji saya pada awak. Saya xrasa perempuan yang datang dari family macam awak boleh jadi isteri dan ibu yang baik untuk anak-anak saya.”
Sejak itu, saya tahu saya takkan pernah sempurna di mata sesiapa. Bertahun saya cuba memulihkan diri sendiri, mencari semangat dan kekuatan diri sehinggalah saya berjumpa Syukri. Tapi Allah ingin menguji.. Syukri pergi dijemput Ilahi dan saya masih sendiri hingga kini. Keyakinan saya hilang kembali dan saya sukar nak mempercayai sesiapa lagi. Saya gagahkan diri meniti hari2 dgn berpegang pada amanah arwah. Saya harus senyum..Saya harus tabah kerana suatu saat saya akan temui matahari yang akan menyinari hidup saya.
Kali ini, saya dianggap sebagai VIRUS yang harus dihindari kerana kata seseorang VIRUS ini punyai family background yang berpecah belah!!! Am i that bad??? Saya tak kisah kalau dia nak kutuk saya..kutuklah semahunya..sampai suatu saat, dia akan penat. Tapi kenapa harus keluarga saya di jadikan mainan? Tuhan.. Ujian apa lagi yang harus saya lalui.. saat ini, hati saya rasa perit, sakit tapi saya sudah penat untuk menangis... sungguh2 penat.. tapi air mata ini tetap xmahu berhenti...
“Ya Rabb, hambaMu insan kerdil, hambaMu insan hina yang kurang segala..namun tetap jua dia ingin merasa secebis bahagia. Andai hambaMu ini tidak layak mendapat mentari, berikanlah hambaMu ini biasan pelangi...”

9 comments:

norlina alfan a.k.a salju putih said...

salam..

ayu..

aku harap ko sabar sangat2. sama dengan nama ko, sabariah. dah tentu Allah s.w.t mentakdirkan ko mempunyai nama itu, ada sebabnya. iaitu ko mempunyai ketabahan yang luarbiasa. dan dalam mencari ketabahan yang tinggi itu, sudah tentulah ko bakal diuji lebih daripada manusia lain yang ada.

rasa rendah diri itu biasanya akan timbul apabila orang lain mempersoalkan kelehaman diri kita. aku pun pernah alami peristiwa-peristiwa dalam hidup yang menyebabkan aku rasa rendah diri. manusia lain akan memandang aku dengan sinis dan memberikan komen-komen yang menyindir. sedangkan mereka tidak pernah tahu betapa peritnya laluan yang aku pernah lalui.

tapi betapa sakitnya yang aku alami sekalipun, dugaan yang ko alami lebih kuat, ayu. ko masih teringat... mengapa masa di sekolah aku tetap berusaha untuk memperbaiki hubungan dengan ko walaupun kita selalu sangat bertelingkah?

sbb aku cuba membayangkan diri aku di tempat ko. dan aku cuba support ko dengan cara aku sendiri. aku mungkin tak mampu nak bantu dari sudut kewangan atau perkara yang berbentuk material. tetapi sekurang-kurangnya, aku mampu nak support ko dengan persahabatan yang kita bina.

ayu.. pasal lelaki ni.. kalo nak sembang pun... 1000 entry aku kat blog pun tak abis2. aku pernah direjek dengan alasan bodoh2 je. sedangkan aku melayan mereka jauh lebih baik daripada kebanyakan orang.. alih2 dia blah gitu je. cuma aku tanamkan, dia bukan terbaik bukan aku. tak nafikan, rasa sedih dan sakit itu ada dan perlukan masa untuk pulih. tetapi percayalah, manusia yang memandang rendah pada ko tu mmg bukan jodoh yang bagus untuk ko. Allah s.w.t Maha Mengetahui. lum pape dia dah pandang rendah pada ko. bagus jugak dia tak bersama dgn ko. kalo bersama.. entah pe plak jadinya nanti.

cheer up my dear...

may Allah s.w.t bless u always~

najmi_qalbi said...

wslm..thanx lina..ko mmg selalu ada dgn aku...skrg ni rasa nk pelok ko!!!!

hanabanana said...

kak ayu..
sayu hana baca..siapa diorg nak judge orang..setiap yang berlaku tu suratan..they think apa yang jadi kat orang tak akan jadi kat diorang..senang2 je kuar ayat..tabah ye kak ayu.. senyum sokmo..orang yang cakap mcm tu dia yang tak layak buat kak ayu..at least Allah tunjuk sebelum parah.. eh,sorry ye..hana pulak lebih2 emo..

najmi_qalbi said...

hana...kdg2 k.yu penat hana..sekuat mana pun kak yu bertahan..sepekak mana pun k.yu buat, jauh dlm hati k.yu tetap tercalar..hana doakn k.yu..

hanabanana said...

kak yu..hana tau..mmg naluri manusia senang tersentuh especially benda tu memang memeritkan..hana yang baca je dah berdesing,lagikan kak yu yang menerima segala kata nista tu..hana tau kak yu tabah.. just remember, ALLAH takkan menguji hambanya melebihi kemampuan hambanya..u'l find a good companion a.k.a hubby a.k.a the other half soon enough.. Insyaallah, ALLAH pasti balas orang yang sabar tu dengan ganjaran yang besar di dunia mahupun akhirat..maybe ALLAH uji kak yu takde ayah coz nanti kak yu akan dapat husbang yang paling marvellous dalam dunia ni..who knows? only ALLAH knows best..tapi kan kak yu..at least ayah kak yu still alive..macam hana..mama hana dah takde..

najmi_qalbi said...

sorry hana if k.yu wat hana sedih and igtkn mama. and yes, i should b thankful 4 that..hana jgn sedih,k..nnti bile2 jom dtg umah k.yu.mama k.yu blh jadi mama hana wlupun i know..xkn sama.. love u sis!

Mama Haida said...

sabar ye sabariah!sesungguhnya Allah sentiasa bersama-sama org yg sabar.... :)

najlaa haridan said...

kak ayu.. there's a reason why kak ayu jadi kakyu najlaa. hehe. sabar akak. Tuhan adil. macam hana ckp, Tuhan takkan uji kita melebihi kemampuan kita. sabar byk2. senyum selalu.. kak ayu sangat COMEL kalau kak ayu senyum. =)

najmi_qalbi said...

thank you mama wajdi

thank you najla :)

sy gembira sy ada anda semua..syg kamooooo